Apabila roh bukan Islam kawal selia TH…

Amran Ahmad Nor

Dahulu, semasa ‘bantu’ DAP, saya dapat ruangan kolumn Malaysiakini untuk tulis apa jua saya mahu, kini, sejak ‘membelasah’ DAP kiri kanan sejak bangsa itu jadi kerajaan, maka kolumn saya itu ‘dibatalkan’.

Jadi, saya bergantung kepada media sosial seperti Facebook ini untuk menegakkan kebenaran dan menyedarkan rakyat Malaysia bahayanya bangsa DAP ini. Jadi, like dan share, amat membantu dan saya hargai.

Terbaru, kita dapat lihat betapa liciknya bangsa DAP dalam ‘mengambil alih’ aset-aset milik Tabung Haji yang ditakrifkan sebagai ‘tidak menguntungkan’ bernilai lebih RM19.9 billion.


Tak sebut pun pasal pengurusan TH sebelum ini yang berjaya mengumpul asset kategori ‘bagus’ bernilai RM57.1 bilion.

Mula-mula, menteri Dr. Mujahid Yusof dari AMANAH (yang kita semua tahu ‘balaci’ DAP) ‘membongkar’ kononnya Tabung Haji melanggar dua syarat pembayaran hibah (dividen) sejak 2014.

Susulan itu, daripada umumkan TH akan tubuhkan RCI mengenai isu tersebut, TH terus diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang kita semua tahu dipegang oleh menteri bangsa DAP.

Selepas itu, lembaga TH memutuskan penubuhan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan untuk memindahkan asetnya RM19.9 bilion itu.

Tindakan tersebut menimbulkan keraguan dan kecurigaan banyak pihak terutamanya orang Melayu yang mula sangsi setelah seorang menteri bukan Islam yang dibantu pegawai khasnya (juga bukan seorang Islam) mengawal selia TH menerusi BNM.

Justeru, dimunculkan seorang profesor berketayap putih dari universiti yang ditaja oleh kerajaan negeri terkaya untuk ‘merasionalkan’ sebab-musabab SPV itu diwujudkan untuk mengambil alih aset TH.

Profesor ‘ustaz’ ini pun berhujah dengan panjang lebar untuk menjelaskan keperluan SPV itu, tanpa beliau sendiri mengenal siapa DAP ini, apa agenda menteri bangsa DAP itu dan hanya melihat atas kertas tanpa mengambil kira roh Islam dan Melayu dalam merencanakan hala tuju TH selama ini.

Apa yang saya khuatiri (kerana cukup kenal agenda bangsa DAP ini), sementara kita semua mahu TH mencatatkan keuntungan demi membayar dividen ‘halal’, kita juga tidak mahu aset-aset ini terlepas ke tangan bukan Islam.

Ini boleh berlaku, memang boleh berlaku jika pak-pak menteri dalam kerajaan yang dikuasai DAP ini bersetuju membenarkan SPV menjual kepada pihak ketiga.

Siapa pihak ketiga? Setakat ini kita tidak tahu siapa tetapi sudah menjadi lumrah ahli-ahli perniagaan (terutama yang berduit termasuk dari bangsa DAP) membeli aset pada harga yang murah sebelum menjualnya semula pada harga lebih mahal.

Saya takut, kononnya daripada berpeluang untung pegangan sukuk lima peratus setahun berbanding terjerat dengan aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti, aset milik institusi orang Melayu Islam ini terlepas ke tangan bangsa DAP.

Saya nak tanya, apa jaminan aset-aset ini yang sebelum ini milik institusi Islam tidak akan jatuh ke tangan pembeli bukan Islam – jika open tender yang menjadi kebanggaan bangsa DAP – diguna pakai dalam menentukan siapa pembelinya.

Kalau betul nak pulihkan negara, kenapa sasarkan TH – institusi umat Islam semata-mata berbanding tubuhkan entiti seperti Danaharta Nasional Bhd yang boleh berfungsi seperti SPV berkenaan untuk membantu mana-mana agensi atau syarikat awam yang bermasalah.

Saya cukup yakin, ada banyak lagi institusi yang menjaga kaum lain seperti Cina dan India yang juga bermasalah kewangan yang lebih kurang sama seperti TH, kenapa kerajaan yang dikuasai oleh DAP ini hanya mahu menumpukan kepada institusi Melayu Islam sahaja.

Pokoknya, TH bukan sekadar tabung amanah yang memudahkan umat Islam menunaikan ibadah haji semata-mata – ianya juga lambang kejayaan orang Melayu Islam menguruskan sebuah institusi sehingga mendapat pujian antarabangsa – sebelum ada tangan-tangan ghaib bangsa DAP di dalamnya kini.

AMRAN AHMAD NOR
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga
Presiden Consent Malaysia

Loading...

Comments

Comments


Loading...