APAKAH ANWAR IBRAHIM MERENGKOK DALAM PENJARA 11 TAHUN ATAS KESALAHAN LIWAT PERKARA YANG MEMBANGGAKAN?

Khairuddin Abu Hassan

اڤاكه انور إبراهيم مرڠكوق دالم ڤنجارا 11 تاهون اتس كسالهن لواط ڤركارا يڠ ممبڠڬاكن؟

Saya amat tertarik membaca artikel yang ditulis oleh Hassan Abdul Karim dan tidak hairan langsung dengan pandangan beliau yang tidak bernas itu.

Inilah masalah dengan pengikut-pengikut taksub Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis mereka-cipta cerita yang tidak berasas yang terus memfitnah serta menuding jari pada Tun Dr Mahathir Mohamad.




Kerajaan PH tumbang adalah kerana sikap jahat, buruk serta politik lapuk yang didendangkan oleh Anwar Ibrahim dari dulu sehingga kini.

Perbalahan di antara azmin ali dengan Anwar Ibrahim yang berakhir dengan 10 orang Ahli-Ahli Parlimen PKR umum keluar parti telah menyebabkan kerajaan PH yang memerintah negara selama 22 bulan tumbang!!

Inilah faktor kejatuhan kerajaan PH bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mungkir janji.

Pemilihan calon Perdana Menteri buat kali kedua selepas kejatuhan mahiaddin md yasin oleh Istana Negara telah mendorongkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan 3 lagi Ahli Parlimen PEJUANG menyokong Presiden PKR sebagai calon Perdana Menteri dari pihak pembangkang.

Apakah hassan abdul karim lupa dengan fakta tersebut?!

Kenyataan Hassan Abdul Karim amat dangkal serta memalukan!!

Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara selama 11 tahun kerana kesalahan ‘meliwat’ bolehkah kita hendak bangga dengan hukuman tersebut?!

Loading...

Sebenarnya Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia kerana ianya adalah soal aqidah agama bukan isu politik.

Mana mungkin seseorang yang Nabi tak mengaku umat kita hendak lantik beliau sebagai ‘khalifah’ utama untuk memimpin ummah?!

Yakinilah, Allah swt tidak akan mengizinkan Anwar Ibrahim untuk dimemertabatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Insya-Allah!! Ameen!!

Kita tidak mahu Allah swt turunkan bala kepada keseluruhan bangsa dan negara di tanahair kita sepertimana di zaman Nabi Lut.

Dalam isu ini juga hassan abdul karim jangan terlalu banyak toleh ke belakang dan hanya melihat fakta sejarah.

PKR dan PH cemerlang pada PRU14 yang lepas kerana faktor Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menarik sokongan undi Melayu kepada PH pada waktu itu.

Lihat saja tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad apa jadi pada PKR dan PH dalam PRN Melaka serta Sarawak baru-baru ini?!

Parti PKR gagal meraih sebarang kerusi pada PRN Melaka dan Sarawak.

Ini membuktikan keseluruhan rakyat sudah mula menolak kepimpinan lapuk Anwar Ibrahim serta PH.

Sesungguhya, apa yang dinyatakan secara jujur dan ikhlas oleh Presiden PEJUANG amat berasas sama sekali!!

Sudah sampai masanya untuk keseluruhan pemimpin-pemimpin PH terima hakikat yang nyata bahawasanya Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik mutakhir negara!!

PH akan terkubur tanpa nesan pada PRU15 sekiranya Anwar Ibrahim terus memimpin gagasan ini.

Percaturan politik Anwar Ibrahim sudah ‘lapuk’ dan tidak relevan lagi kepada para pengundi baharu pada pilihanraya umum yang akan datang.

WAJIB BACA:

Ismail Sabri sah gagal, namun MKT UMNO tidak ada hak berperlembagaan kawal keputusan Perdana Menteri

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...