Apakah ICERD mampu mengatasi Syariat Islam dalam membimbing umat Allah ke arah kebenaran?

Zainudin Jaafar

Panasnya pasaran dengan isu ICERD yang kian diperkatakan. Baru sempat saya melihat Sahibul-Samaah Dato ‘Arif Perkasa’ Prof Madya Dr Mohd Asri buka bicara dalam videonya. Tapi sayang, tak dapat pula saya nak muat naik video tersebut di sini. Tidak ada faedah pun, sedangkan apa yang saya sangkakan bahan bimbingan akhirnya menjadikan diri saya lebih celaru. Apatah lagi mereka yang lemah iman…

Bukan apa, saya lihat, yang beriya-iya mengesyorkan ICERD diratifikasikan ‘geli hati’ tatkala umat Islam sedang resah. Ya, sungguh berhati-hati saya selami dan hayati bait-bait kata si ‘arif perkasa’ kita. Setelah puas mentelaah, saya tertanya-tanya, sejak bila pula isu ICERD ini isu parti? Bukankah isu ini lebih kepada isu kemaslahatan ummah dan ummat?

Jika inilah pendapat Sahibul-Samaah, dan andai kata masjid bukan lagi tempat ‘sesuai’ bagi memutuskan hal-ehwal ummat dan agamanya, dimanakah lagi tempat untuk kita ‘berpayung’????




ICERD bukan lagi isu negara, tetapi lebih kepada isu kemaslahatan umat, agama dan bangsa. Sekiranya dakwaan ‘al arif perkasa’ bahawa Islam sudahpun menerapkan ICERD 1400 tahun dahulu itu adalah benar, apakah gunanya ICERD sedangkan kita boleh bersandarkan kepada syariat Isam? Andai kata dakwaan Sahibul Sammaah bahawa ICERD selaras dengan tuntutan Islam adalah betul, apakah Islam harus Ruku’q pada tuntutan ICERD?

Apa, Sahibul Sammaah ingin wajibkan umat Islam perkasakan nota ICERD???

Tertanya-tanya pula saya, sejak bila Allah mendidik umat-Nya untuk ‘sujud pada nota’ selain daripada Al Quran? Barangkali ada yang berpendapat bahawa ICERD ini lebih sempurna acuannya dari acuan Allah. Terus terang, video ‘Sahibul Samaah’ yang saya tontoni amat mengelirukan saya. Mana tidaknya, sedangkan rumusan-rumusan yang dibuatnya seakan-akan meminta umat Islam menjiwai ‘kebenaran’ ICERD hanya kerana ianya sudah diterima hampir 90% negara dunia.

Begitukah? Apakah itu yang harus kita gunakan sbagai kayu pengukur? Bagaimana pula dengan Al Quran? Apakah ‘Sahibul Samaah’ tidak sedar bahawa hampir kesemua negara di dunia yang menandatangani ICERD sedang hancur dan akan dihancurkan?

Kita tidak harus terperangkap dengan ayat-ayat syaitan hanya kerana ingin dilihat ‘terpelajar’, ‘moden’ dan hebat di pentas dunia. Jangan lupa, bahawa pentas dunia itu adalah pentas Allah, dan segala apa yang bermain di pentas tersebut dalah ciptaan-Nya. Apakah ICERD mampu mengatasi Syariat Islam dalam membimbing umat Allah ke arah kebenaran di pentas Allah sendiri?

Ya, lupakah kita bagaimana musuh-musuh Islam cuba menghancurkan empayar Islam hanya dengan bersenjatakan ‘demokrasi’? Apakah sanggup kita melihat mereka “membunuh” jiwa-jiwa Islam dengan bersenjatakan ICERD sebagai pengganti syariat Islam??

Loading...

Wahai Sahibul Sammah, percayalah, bahawa di saat yang begitu genting ini, umat Islam sememangnya dahagakan “fatwa” agar dapat terus berdiri teguh untuk bersolat. Janganlah kerana engkau umat Islam diasuh untuk memahami prosakata kayangan yang hanya difahami dewa dewa. Ya, janganah kerana engkau, umat Islam menjadi makin keliru dan bercelaru…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...