APAKAH INI NORMA BARU? 

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

اڤاكه اين نورما بارو؟

1. ‘The Ends Justify The Means’ BERMAKSUD ‘Matlamat Menghalalkan Apa Cara Sekali Pun’

2. Baru-baru ini 2 Ahli Parlimen dari Julau di Sarawak dan Tebrau diJohor (dari PKR) telah ‘berhijrah’ atau mungkin TERPAKSA MENYELAMATKAN DIRI dari segala jenis ‘ugutan’, dan mungkin juga dalam masa yang sama bagi kesenangan mereka dan keluarga di sogok dengan ‘tawaran’ yang amat lumayan seperti wang berjuta ringgit dan projek

3. Selang beberapa hari, Shafie Apdal, mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan, telah MEMBONGKAR usaha yang sedang rancak dilakukan oleh orang-orang tertentu bagi tujuan yang sama dengan menggunakan taktik yang sama juga seperti yang dilakukan terhadap 2 Ahli Parlimen tersebut




4. Siapakah DALANG SEBENAR yang bak kata pepatah: Baling Batu Sembunyi  Tangan, ATAU siapakah yang sebenarnya menarik  tali di belakang tabir?

5. Logikkah ikan bilis menangkap jerung? Siapa yang membayai atau ‘finance’ operasi ini dan dari mana sumber kewangan mereka? Kepada mereka yang TERLIBAT, nasihat saya BERHATI-HATI lah kerana anda semua BOLEH disiasat sehingga ke akar umbi bila hilang kuasa kelak

6.  Cerita 4-5 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari Parti Warisan dan beberapa orang Ahli Parlimennya termasuk Shafie sendiri AKAN MENYEBERANG menyokong Muhyiddin telah berlegar di Kuala Lumpur sejak seminggu dua yang lepas

7. POLITICS OF GANGSTARISM AND POLITICS OF BUYING SUPPORT atau POLITIK UGUTAN DAN POLITIK MEMBELI SOKONGAN sememangnya berlaku sejak penubuhan KERAJAAN PINTU BELAKANG ekoran RAMPASAN KUASA yang diketuai Muhyiddin dengan SOKONGAN UMNO dan PAS, Parti yang beliau benci dan meminta rakyat menolak mereka

8. Sebelum Parlimen bersidang semula Muhyiddin PERLU MENENTUKAN jumlah undi atau sokongan terhadap beliau cukup untuk mengekalkan jawatan yang disandang; justru beliau, Hamzah dan Azmin MESTI MELAKUKAN apa sahaja termasuk katanya MENGUGUT DAN MEMBELI seberapa ramai Ahli Parlimen yang boleh

9. Walaupun PERNAH MENASIHATKAN parti-parti dan ahli politik TIDAK BERMAIN politik tetapi sebenarnya rakyat nampak dengan jelas seperti – “Dah terang lagi bersuluh siapa sebenarnya yang tak henti-henti berpolitik”

10. Oleh kerana TAKUTKAN kedudukan beliau TERJEJAS, maka DARURAT digunakan dengan MENGGANTUNG Parlimen atas alasan yang bodoh; ia tidak ada kena mengena dengan wabak COVID-19 yang terus meningkat SELEPAS Perintah Darurat di laksanakan

Loading...

11. Tolong sebutkan berapa buah negara dalam dunia yang telah MENGISTHIARKAN DARURAT dan pada masa yang sama MENGGANTUNG PARLIMEN semata-mata kerana wabak COVID?

12. Baru-baru ini Istana Negara setelah DITEKAN oleh rakyat mengumumkan bahawa Agong akan memanggil Persidangan Dewan Parlimen DIWAKTU YANG DIFIKIRKAN SESUAI DAN SELEPAS MENDAPAT NASIHAT PERDANA MENTERI.

13. MENGAPA PERSETUJUAN ITU BERSYARAT? Bukankah sejak RAMPASAN KUASA Muhyiddin atau Abahcow yang bermaksud ‘bapa lembu’ telah berusaha agar Persidangan Parlimen ditiadakan dan Undi Tidak Percaya TIDAK DIBENARKAN atas berbagai alasan oleh Speaker Parlimen yang senantiasa MENGIKUT TELUNJUK?

14. Walaupun Muhyiddin berjaya MENGUGUT DAN MEMBELI 2 Ahli Parlimen itu dan mungkin akan membeli beberapa orang lagi, namun majoriti beliau masih boleh dipertikai dan di persoalkan. Ini bermakna “Nyawa (Politik) Beliau Berada Di Hujung Pedang” dan beliau senantiasa MEMERLUKAN oksigen untuk terus bernafas seperti ikan tercungap-cungap di darat.

15. Oleh kerana keadaan dan kedudukan beliau tidak menentu, Menteri-Menteri, Timbalan dan Pengurusi-Pengurusi GLC  BOLEH LAKUKAN apa saja kerana Mahyuddin yang TAKUT HILANG SOKONGAN TIDAK AKAN BERANI MENGGAMBIL TINDAKAN terhadap mereka. justeru, amalan rasuah terus meningkat seperti kajian yang dilakukan oleh Transperancy International, Badan Bangsa-Bangsa Bersatu

16. Sedarkah Agong dan Raja-Raja Melayu, sejak menggambil alih kuasa setahun yang lepas Kerajaan PN yang tidak ada majoriti ini GAGAL mengatasi beberapa perkara, iaitu:

i.  Ekonomi negara susut 5.6%

ii. Pelaburan Terus Luar Negara atau Foreign Direct Investment (FDI) susut 68%

iii. Pengganguran kini telah mencecah  ke 773, 000 orang

iv. Hampir 200,000 orang telah hilang pekerjaan

v. Hutang dan liabiliti Kerajaan berada pada tahap yang paling tenat iatu RM 1.3 trillion

Namun apa yang dilakukan ATAS PERSETUJUAN BERSAMA AGONG dan RAJA-RAJA Melayu, Darurat berkuatkuasa sehingga 1hb Ogos 2021 dan dalam masa yang sama Parlimen digantung

17. Rakyat PERCAYA Agong AKAN senantiasa BERSAMA 32 juta rakyat, BUKAN hanya seorang itu yang TERBUKTI TIDAK ADA sokongan majoriti Ahli Parlimen

18. Raja-Raja Melayu faham, “TIDAK ADA RAJA JIKA TIDAK ADA RAKYAT”

19. Apakah PERLEMBAGAAN DIKETEPIKAN begitu sahaja WALAUPUN Muhyiddin SEBENARNYA SUDAH TIDAK ADA SOKONGAN MAJORITI lagi?

20. Apakah SCHEME OF THINGS yang digunapakai Muhyiddin sejak RAMPASAN KUASA itu TERMASUK MENGUGUT dan MEMBELI Ahli-Ahli Parlimen yang belum lagi menyokong beliau?

21.  RAKYAT YAKIN AGONG YANG TELAH BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DAN TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN KEDUDUKAN UNTUK MERAIH SEBARANG KEUNTUNGAN DAN TIDAK AKAN MEMBENARKAN DIRI DAN KELUARGA DIPENGARUHI OLEH ‘SCHEME OF THINGS’ Muhyiddin

22. JADILAH AGONG KEPADA KERAJAAN MAJORITI, BUKAN KERAJAAN MINORITI

23. Semoga pesan datuk nenek kita dijadikan pedoman dan pegangan hidup kita dulu, kini dan selama-lamanya.

JANGAN SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...