“Apakah Zahid takut dengan Mageran kerana khuatir kejatuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan pudarkan terus harapannya untuk berunding sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 ke arah satu jalan penyelesaian yang positif buat kluster mahkamah, bukannya buat rakyat jelata?”
Raggie Jessy Rithaudeen
اڤاكه اين سببڽ زاهيد تاكوت دڠن ماڬرن؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pertemuan Yang Di-Pertuan Agong dengan ketua-ketua parti politik berjaya membuktikan bahawa UMNO sekadar mencari kesalahan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya tanpa memberikan sebarang jalan keluar dari kemelut politik, ekonomi, kesihatan dan sosial yang melanda yang disumbangkan oleh UMNO sendiri.
Kalau kita perhatikan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau ada menyentuh masalah ekonomi dan kewangan negara yang teruk, keadaan politik yang tidak stabil serta keadaan sosial dan penderitaan rakyat ketika menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku.
Mahathir menjelaskan bahawa kerajaan ini (yang meliputi menteri-menteri UMNO) tidak ada idea bagaimana menangani masalah-masalah ini sebelum membangkitkan kemungkinan diadakan Mageran.
Sekiranya dilaksanakan, Mageran akan membolehkan tumpuan khusus diberikan kepada permasalahan negara dan menurangkan terus politik, percaturan dan percakaran tak tentu hala yang diamalkan oleh UMNO, PPBM dan PAS ketika ini yang menjadi sebab utama kerajaan gagal.
Pengisytiharan Mageran akan menjimatkan dana rakyat kerana ianya tidak memerlukan kerajaan luar biasa besar yang merangkumi 72 menteri dan timbalan menteri yang selama ini tidak menunjukkan kemampuan untuk menangani wabak Covid-19 atau menyelesaikan permasalahan rakyat.
UMNO hanya sekadar menyuarakan perlunya Darurat ditamatkan pada 1hb Ogos 2021 dan parlimen bersidang tanpa memberi sebarang jalan penyelesaian khusus sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir.
Tidak ada satu apa pun yang disebut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan medianya yang mencadangkan beliau mengusulkan sesuatu yang mampu membawa perubahan positif buat negara.
Zahid lupa, kegagalan kerajaan masakini merupakan kegagalan bersama UMNO, memandangkan parti itu diwakili oleh berbelas-belas menteri dan timbalan menteri dalam kabinet persekutuan.
Kesemua keputusan kerajaan yang ditentang dan dikritik oleh kepimpinan UMNO selama ini sebenarnya dipersetujui bersama oleh menteri-menteri UMNO, termasuk menteri-menteri yang dikatakan menyebelahi Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuklah keputusan untuk meminta Darurat, melaksanakan pelbagai bentuk kawalan pergerakan dan “lokdown” terkini yang terbukti gagal, serta keputusan untuk menghidupkan semula JASA dan menjenamakannya semula sebagai J-KOM.
Malah, seorang timbalan menteri dari UMNO mengaku bahawa idea untuk menghidupkan semula jasa datang daripadanya, sekaligus mencadangkan UMNO sendiri mungkin sedang mendapat manfaat daripada dana yang disalurkan kepada J-KOM.
Apakah Zahid berani menafikan perkra ini?
Apakah Zahid takut dengan Mageran kerana khuatir kejatuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan pudarkan terus harapannya untuk berunding sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 ke arah satu jalan penyelesaian yang positif buat kluster mahkamah, bukannya buat rakyat jelata?
WAJIB BACA:
TERKINI: AGONG BOLEH ISYTIHAR MAGERAN TANPA PERSETUJUAN PERDANA MENTERI [VIDEO]
