Apakah Mahathir akan maafkan Najib?

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

اڤاكه محضير اكن معافكن نجيب؟

Sebuah portal online mengumumkan akan mengadakan satu sesi live bertajuk “Tun akan maafkan Najib?” 9.30 malam ini yang didakwa memaparkan temuramah bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu posting di laman portal tersebut, Mahathir didakwa akan menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan memaafkan Najib.

Apa yang menarik ialah cara tajuk sesi live berupa dokumentari itu digubah, seolah-olah Mahathir bersedia maafkan Najib atau sedang mempertimbangkan perkara itu.

Perkara ini menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial yang mula tular sejak pukul 7 malam tadi, termasuk di ruang komen beberapa portal media tempatan.

Segala percubaan oleh pihak TTF untuk menghubungi wartawan portal itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal.


PETALING JAYA: Sebuah portal online mengumumkan akan mengadakan satu sesi live bertajuk “Tun akan maafkan Najib?” 9.30 malam ini yang didakwa memaparkan temuramah bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu posting di laman portal tersebut, Mahathir didakwa akan menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan memaafkan Najib.




Apa yang menarik ialah cara tajuk sesi live berupa dokumentari itu digubah, seolah-olah Mahathir bersedia maafkan Najib atau sedang mempertimbangkan perkara itu.

Perkara ini menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial yang mula tular sejak pukul 7 malam tadi, termasuk di ruang komen beberapa portal media.

Segala percubaan oleh pihak TTF untuk menghubungi wartawan portal itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal.

Sebelum ini, pada September 2016, Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama semenjak Anwar dipecat dari kerajaan pada tahun 1998.

Pertemuan itu menjurus kepada kerjasama politik antara Mahathir, Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu atas misi bersama menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Sehingga kini, Mahathir tidak pernah menyatakan secara terbuka kerelaannya ‘memaafkan’ Anwar dan sentidas bertegas bahawa kerjasama mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 adalah bagi merealisasikan misi bersama menumbangkan kerajaan kleptokrat.

Baru-baru ini, Mahathir menjarakkan dirinya terus daripada Anwar dengan menubuhkan Blok Bebas Kuasa Ketiga dan dijangka akan mencalonkan ramai ahli-ahli Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...