“Petang tadi, saya membongkarkan sepucuk surat (bawah) yang diutus oleh Johari kepada setiausaha sulit Sultan Kedah bagi menyatakan sokongan PKR terhadap Muhammad Sanusi bin Md Nor sebagai calon Menteri Besar Kedah”
Raggie Jessy Rithaudeen
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah, Johari Abdul, dilaporkan berkata dua bekas Adun parti berkenaan di Kedah berdepan dengan tindakan undang-undang selepas mereka mengumumkan pendirian meninggalkan parti hari ini.
Biarpun bergelar ADUN bebas, mereka menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sambil menegaskan keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langkah mereka menyebabkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah dan diisytiharkan tumbang oleh Perikatan Nasional petang tadi.
Persoalannya, adakah PKR turut akan mengambil tindakan (disiplin) terhadap Johari?
Petang tadi, saya membongkarkan sepucuk surat (bawah) yang diutus oleh Johari kepada setiausaha sulit Sultan Kedah bagi menyatakan sokongan PKR terhadap Muhammad Sanusi bin Md Nor sebagai calon Menteri Besar Kedah.
Perkara ini bercanggah dengan kelaziman dalam Pakatan Harapan di mana tanggungjawab mencalonkan sesiapa sahaja bagi jawatan Menteri Besar dilakukan secara kolektif oleh kepimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan seterusnya, negeri.
Apakah PKR akan ‘tutup mata’ dan telinga dalam hal ini sedangkan tindakan Johari boleh ditafsirkan sebagai percubaan PKR Kedah mengkhianati Mukhriz?
Kesahihan surat berkenaan diperakui oleh Johari sendiri sejurus selepas pembongkaran dibuat, di mana beliau memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu ‘cerita lama’ sedangkan surat berkenaan baru bertarikh 12hb Mac 2020.
Persoalannya, adakah PKR hanya akan mengambil tindakan terhadap dua ADUN yang ‘mengkhianati’ parti kerana mereka “pro-Azmin” dan membiarkan Johari yang ‘mengkhianati’ Mukhriz dan PH sebab dia “pro-Anwar?”
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
