“Sila jawab Teo, jangan tak jawab”
Raggie Jessy Rithaudeen
ادكه تيو ني چيڠ داڤت رستو ڤيبڬ اونتوق ايدر كوميق ڤرو-كومونيس ك سكوله چينا؟
Saya terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berhubung pelaksanaan tulisan jawi di peringkat sekolah oleh Kementerian Pendidikan.
Menurut Teo, perkara itu hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta PIBG bersetuju.
Saya hairan bagaimana Teo boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian sedangkan penentu dasar pendidikan ialah Kementerian Pendidikan, bukannya PIBG sekolah.
Saya amat kagum dengan kenyataan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter semalam di mana Tuanku mempersoal samada Kementerian Pelajaran ataupun PIBG yang lebih berkuasa.
Saya faham jika Kementerian Pendidikan berniat mendapat maklumbalas daripada pihak PIBG sebelum membuat sebarang keputusan.
Apa yang saya tidak faham ialah mengapa pihak Teo sanggup tunduk pada tekanan dari pihak PIBG selepas keputusan sudah dibuat.
Apakah Teo tidak tahu bahawa Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penggunaan Jawi dalam pembelajaran Bahasa Rasmi Kebangsaan?
Di manakah Teo ketika Dr Maszle Malik seorang diri mempertahankan pengenalan penulisan Jawi di peringkat sekolah daripada kecaman oleh puak Dong Zong yang giat memcucuk jarum kebencian masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu-Islam, Maszlee dan Kementerian Pendidikan?
Di manakah Teo ketika Dong Zong mendakwa pengenalan seni Khat dan penulisan Jawi di peringkat sekolah mampu “mengislamkan pendidikan di Malaysia?”
Apakah Teo turut mendapat restu dari pihak PIBG untuk edarkan komik pro-komunis ke sekolah-sekolah Cina di Malaysia?
Sila jawab Teo, jangan tak jawab.
