Apandi Ali buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

Apandi berkata dia akan diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu petang ini dan kenyataan media akan diedarkan selepas itu. Sumber (gambar): Fail TTF

اڤندي علي بوات لاڤورن ڤوليس ترهادڤ تومماي تومس

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membuat laporan polis hari ini, terhadap Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah menerusi buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’

Laporan itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Semalam, Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap Tommy yang juga bekas Peguam Negara berhubung dakwaan memfitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, kelmarin.


PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membuat laporan polis hari ini, terhadap Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah menerusi buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’

Laporan itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, kira-kira jam 2.30 petang ini.




“Saya sahkan betul (buat laporan di IPD Sentul pada jam 2.30 petang nanti),” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Menurut Malaysiakini, Apandi berkata dia akan diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu petang ini dan kenyataan media akan diedarkan selepas itu.

Semalam, Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap Tommy yang juga bekas Peguam Negara berhubung dakwaan memfitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, kelmarin.

Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya mendakwa dalam buku itu, Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...