Apandi Ali kantoi disekolahkan oleh Haniff Khatri

Haniff turut menyentuh dakwaan Apandi kononnya Mahathir hanya mahukan perhatian selepas menimbulkan semula isu penyelesaian luar mahkamah sedangkan ianya berlaku tiga minggu lalu. Sumber (gambar): TTF

اڤندي علي كنتوءي دسكولهكن اوليه حنيفف خطري

Bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali salah apabila mendakwa kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak mempersoalkan penyelesaian saman RM2.23 juta yang dibuatnya dengan kerajaan berhubung pemecatannya.

Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik ke Facebook.

Dalam rakaman itu, Haniff berkata, apa yang berlaku adalah kes sivil yang melibatkan bekas pegawai awam dan bekas perdana menteri, bukannya antara individu dan individu, syarikat dan syarikat, syarikat dan individu atau individu dan syarikat. 

“Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tindakan Apandi adalah berkaitan tadbir urus negara, perkara bersifat awam untuk kepentingan awam, wajib diketahui orang awam akan penyelesaian jadi sifat kerahsiaan ini tidak terpakai dan tidak boleh dijadikan alasan untuk Apandi mahupun Idrus Harun sebagai peguam negara,” katanya.


Bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali salah apabila mendakwa kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak mempersoalkan penyelesaian saman RM2.23 juta yang dibuatnya dengan kerajaan berhubung pemecatannya.

Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik ke Facebook.




Dalam rakaman itu, Haniff berkata, apa yang berlaku adalah kes sivil yang melibatkan bekas pegawai awam dan bekas perdana menteri, bukannya antara individu dengan individu semata-mata.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Atas dasar itu, ia menjadi satu isu awam, bukan isu peribadi. Soal sama ada Dr Mahathir berhak membantah atau tidak, bukan soalnya.

“Soalnya ialah Dr Mahathir, sebagai seorang rakyat biasa sekarang ini, terutamanya sebagai negarawan dan rakyat umum berhak tahu,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuatnaikkan di Facebook.

Menurut Haniff, sekiranya kerajaan membayar pampasan kepada Apandi walau RM1 sekali pun, ianya melibatkan dana awam.

Justeru, alasan Apandi bahawa terma penyelesaian dalam kes sivil biasanya dirahsiakan tidak terpakai dalam kes penyelesaian saman RM2.23 juta.

“Memang betul dalam tindakan sivil tertentu, ada keadaan-keadaan yang membolehkan pertikaian dan penyelesaian pertikaian di mahkamah dirahsiakan terma-terma, tetapi itu adalah berkaitan tindakan sivil di antara individu dan individu, syarikat dan syarikat, syarikat dan individu, individu dan syarikat.

“Maknanya, isu-isu berkaitan pertikaian bersifat peribadi. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tindakan Apandi adalah berkaitan tadbir urus negara, perkara bersifat awam untuk kepentingan awam, wajib diketahui orang awam akan penyelesaian jadi sifat kerahsiaan ini tidak terpakai dan tidak boleh dijadikan alasan untuk Apandi mahupun Idrus Harun sebagai peguam negara,” katanya.

Loading...

Haniff turut menyentuh dakwaan Apandi kononnya Mahathir hanya mahukan perhatian selepas menimbulkan semula isu penyelesaian luar mahkamah sedangkan ianya berlaku tiga minggu lalu.

Menurut Haniff, apa yang didakwa oleh Apandi tidak benar, kerana Mahathir tidak dimaklumkan mengenai penyelesaian itu sehingga tiga minggu kemudian, yang juga merupakan antara aduan yang dibangkitkan bekas perdana menteri itu dalam kenyataannya sebelum ini.

“Rakyat di luar tidak tahu siapa yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan, siapa ada hak untuk menyelesaikan.

“Apabila rakyat membaca laporan yang mengatakan kes Apandi menyaman Dr Mahathir dan kerajaan sudah diselesaikan, rakyat memahami bahawa kononnya Dr Mahathir yang menyelesaikan.

“Oleh kerana itulah rakyat perlu diberi faham bahawa tindakan ini bukan Dr Mahathir yang selesaikan tetapi kerajaan Malaysia yang selesaikan. Saya percaya Apandi sebagai bekas peguam negara boleh faham perkara asas ini,” katanya.

THE THIRD FORCE

Disunting juga daripada laporan Malaysiakini

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...