Armada Sabah minta Syed Saddiq ‘hormati perlembagaan parti’

Menerusi satu kenyataan kepada media, Armada Bersatu Sabah berikrar mengulangi sokongan padu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti. Sumber (gambar): Fail TTF

ارماد سابه مينتا سيد سددق ءحرمتي ڤرلمباڬان ڤرتيء

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menggesa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya menerima hakikat pelucutan keahliannya sebagai ahli parti.

Ketua Armadanya, Isquzawan Israq Arsit berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga diminta menghormati keputusan dan perlembagaan Parti.

Isquzawan berkata demikian sebagai mengulas kemelut parti itu terutama keahlian lima pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq yang terhenti serta-merta kerana melanggar Perlembagaan parti.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lima pemimpin parti berkenaan termasuk pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya dipecat, sebaliknya, keahlian mereka terhenti dengan serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti. 


KOTA KINABALU: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menggesa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya menerima hakikat pelucutan keahliannya sebagai ahli parti.

Ketua Armadanya, Isquzawan Israq Arsit berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga diminta menghormati keputusan dan perlembagaan Parti.




“Kami berharap Syed Saddiq dapat menerima hakikat sebenar bahawa beliau telah dilucut keahlian daripada parti.

“Justeru adalah lebih baik beliau dan penyokongnya berhenti daripada terus menggunakan nama Armada Bersatu Pusat kerana hanya akan mengelirukan ahli-ahli Armada dan Bersatu,” katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.

Isquzawan berkata demikian sebagai mengulas kemelut parti itu terutama keahlian lima pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq yang terhenti serta-merta kerana melanggar Perlembagaan parti.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lima pemimpin parti berkenaan termasuk pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya dipecat, sebaliknya, keahlian mereka terhenti dengan serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Selain Dr Mahathir dan Syed Saddiq, keahlian Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah turut terhenti serta-merta.

Dalam masa sama, Isquzawan berkata, Armada Bersatu Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Syed Saddiq diatas segala jasa dan sumbangan beliau semasa menerajui sayap parti berkenaan.

“Armada Bersatu Sabah juga menghormati Syed Saddiq diatas kepimpinan beliau sepanjang menerajui Kementerian Belia dan Sukan yang banyak membantu gerakan belia”, tegasnya.

Loading...

Dalam kenyataan yang sama, Armada Bersatu Sabah turut berikrar mengulangi sokongan padu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...