Asmawi bersama 2,000 ahli Libaran (Sabah) isytihar keluar PPBM berkuat kuasa serta merta

Asmawi berkata tindakan keluar parti dibuat berikutan rasa ketidakadilan berlaku berkaitan dengan pemilihan BERSATU yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sumber (gambar): Utusan Borneo

اسماوي برسام 2،000 اهلي ليبرن اشتهار كلوار ڤڤبم بركوات كواس سرتا مرتا

Pengerak awal kepada kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah khususnya Bahagian Libaran Dato’ Haji Asmawi Haji Asa mengumumkan keluar parti itu serta merta, Jumaat lalu.

Asmawi yang merupakan calon Ketua Bahagian BERSATU Bahagian Libaran membuat pengumuman berkenaan di mana turut disertai hampir 2000 orang ahli BERSATU dari 25 cawangan di Libaran.   

Asmawi percaya tindakan sedemikian memalukan dan mencemar nama baik parti semata-mata demi mempertahankan jawatan yang mereka sandang dengan cara menyekat prinsip demokrasi berkepimpinan seperti mana diamalkan oleh mana-mana parti.

Beliau berkata unsur-unsur ketidaktelusan dan kroni dalam politik perlu dielakkan kerana ia membelakangi kepentingan rakyat tanpa memikirkan kesejahteraan seluruh masyarakat terutamanya di Libaran.


SANDAKAN: Pengerak awal kepada kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke Sabah khususnya Bahagian Libaran Dato’ Haji Asmawi Haji Asa mengumumkan keluar parti itu serta merta, semalam.

Asmawi yang merupakan calon Ketua Bahagian BERSATU Bahagian Libaran membuat pengumuman berkenaan di mana turut disertai hampir 2000 orang ahli BERSATU dari 25 cawangan di Libaran.




Turut mengikut jejaknya, dua lagi pemimpin BERSATU di Libaran iaitu Mohd Nasri Abdul Rahman dan Jifkin Jisneh yang merupakan masing-masing calon kepada Timbalan Ketua Bahagian serta calon Naib Ketua Bahagian.

Asmawi berkata tindakan keluar parti dibuat berikutan rasa ketidakadilan berlaku berkaitan dengan pemilihan BERSATU yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Beliau kesal dan merasa terkilan apabila pencalonannya sebagai Ketua Bahagian Libaran bersama-sama calon Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian telah dibatalkan tiga hari sebelum pemilihan di peringkat Bahagian yang diadakan bermula pada 10 Julai hingga 25 Julai.

Asmawi berkata pembatalan ini jelas melanggar parlembagaan atau peraturan pemilihan Parti BERSATU kerana tempoh bantahan telah lama berakhir iaitu pada 14 Februari lepas sehingga 28 Februari.

“Bagaimana mungkin pencalonan saya boleh digugurkan di saat-saat pemilihan di peringkat Bahagian.

“Saya juga tidak diberikan kesempatan untuk membela diri  … dan saya percaya, jika diberi peluang pun  … saya tidak akan diberi peluang yang adil oleh pemimpin Bahagian Libaran mahu pun pemimpin BERSATU di peringkat negeri Sabah termasuklah segelintir kepimpinan BERSATU di peringkat pusat,” jelasnya dalam sidang media di kediamannya Taman Tyng, semalam.

Asmawi percaya tindakan sedemikian memalukan dan mencemar nama baik parti semata-mata demi mempertahankan jawatan yang mereka sandang dengan cara menyekat prinsip demokrasi berkepimpinan seperti mana diamalkan oleh mana-mana parti.

Loading...

Beliau berkata unsur-unsur ketidaktelusan dan kroni dalam politik perlu dielakkan kerana ia membelakangi kepentingan rakyat tanpa memikirkan kesejahteraan seluruh masyarakat terutamanya di Libaran.

“Saya tidak ingin bersekongkol dengan pemimpin sebegini yang berunsur penipuan dan ketidaktelusan serta tak selari dengan slogan parti iaitu Bersatu, Beramanah dan Bermaruah,” tegasnya.

Asmawi berkata ia bersama dengan ahli-ahli serta penyokong sebulat suara mengisytiharkan untuk keluar Parti BERSATU berkuatkuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa membawa kepada kekecewaannya apabila pencalonannya disekat dua kali sekaligus menggambarkan secara jelas bahawa pihak-pihak tertentu tidak mahu dia bertanding.

Ditanya mengenai matlamat dan hala tujunya bersama 25 cawangan itu selepas ini, Asmawi membayangkan mungkin akan menyertai sebuah parti politik yang mewakili masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam di Malaysia selain sudah berdiri kukuh dan berakar umbi.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...