Asyik-asyik Kampung Baru, lebih baik bersihkan dulu Chow Kit yang masih jadi sarang maksiat

Menurut Rosdzaman, sejak Pakatan Harapan mula berkuasa, masyarakat Melayu-Islam sentiasa disajikan dengan pelbagai pengumuman dan tindakan yang hanya menimbulkan kegusaran dan kemarahan di kalangan mereka. Sumber (gambar): TTF

Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup

Kerajaan seharusnya bersifat lebih terperinci dan terbuka berhubung rancangan membangunkan kawasan Kampung Baru memandangkan ianya melibatkan sensitiviti masyarakat Melayu-Islam.

Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, yang menegaskan perlunya sesi-sesi dialog dan penerangan bersama penduduk terbabit agar tidak timbul salah-faham.




“Pembangunan jenis mana yang dirancang di situ? Siapa yang bakal tentukan struktur serta corak pembangunan yang bakal dilaksanakan, dan bagaimanakah pemaju akan dikenalpasti?”

Menurut Rosdzaman, sejak Pakatan Harapan mula berkuasa, masyarakat Melayu-Islam sentiasa disajikan dengan pelbagai pengumuman dan tindakan yang hanya menimbulkan kegusaran dan kemarahan di kalangan mereka.

“Kalau dulu, timbul isu nak jual aset Tabung Haji kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah kawalan Kementerian Kewangan atas alasan-alasan yang bohong belaka.

“Kementerian Kewangan pula, kita dah sedia maklum, bawah penguasaan seorang menteri dari DAP. Ada pula dakwaan syarikat SPV itu dikuasai DAP.

“Bayangkan perasaan Melayu-Islam apabila dapat tahu urusan dana pelaburan bakal Jemaah Haji mungkin diuruskan puak DAP.

“Asyik-asyik melibatkan Melayu-Islam ataupun raja-raja Melayu, baik dari isu Statute of Rome mahupun isu penjualan aset-aset milik Melayu-Islam.

“Tiba-tiba, ada pula pengumuan hendak bangunkan Kampung Baru.

Loading...

“Bukan kita tentang, cuma Pakatan Harapan selama ini gagal membuktikan bahawa ianya mampu melindungi hak serta kepentingan Melayu-Islam,” katanya.

Rosdzaman mencadangkan agar kerajaan beri tumpuan dulu terhadap usaha membangunkan kawasan-kawasan Chow Kit dan Petaling Street yang masih menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing.

“Tempat-tempat ini jadi sarang maksiat, mengapa tak beri tumpuan kat situ?

“Di Pulau Pinang pula, saya diberitahu oleh Raggie (Jessy Rithaudeen) bahawa penjaja-penjaja Cina di kawasan Chai Leng Park, Penang Road dan kawasan berdekatan dengan Sunway Hotel dekat Komtar ‘bermaharajalela’, buat semak di jalan-jalan utama.

“Kenapa tak uruskan kawasa-kawasan ini sedangkan gerai-gerai Melayu di tepi jalan yang langsung tidak mengganggu lalulintas di Pulau Pinang banyak diroboh?”

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Kredit: Tun Carlos


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...