Atas alasan kerajaan perpaduan, pelantikan kontroversial yang dulu dielakkan kini berlaku

Berikut merupakan penulisan A Kadir Jasin yang dimuat naik ke Facebook rasmi beliau:

A Kadir Jasin

اتس السن كراجأن ڤرڤادوان، ڤلنتيكن كونتروۏرسيال يڠ دولو دايلقكن كيني برلاكو

1. Salam sejahtera. Banyak pembahas rencana bertajuk “Demikian Takdir Menentukan” mengingatkan saya bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan perpaduan dan bukan kerajaan Pakatan Harapan.




2. Saya tahu. Bagaimanapun terima kasih saya ucapkan.

3. Tapi kerajaan apa pun, ciri-ciri yang baik hendaklah diutamakan. Bukan sebuah kerajaan yang tidak seimbang dari segi perwakilan parti anggota atau pemilihan watak-watak yang bermasalah menjadi Menteri.

4. Kerajaan perpaduan tidak bermaksud angkat muat; tidak kira permata atau kaca, yang berakhlak atau tidak. Yang kalah dilantik Menteri. Yang menang diketepikan. Ketidakadilan boleh meleraikan muhibah dan perpaduan.

5. Kerajaan perpaduan, kerajaan campuran atau apa-apa pun nama yang diberikan, bukan saja harus memuaskan hati Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan para penyokong mereka tetapi wajib ada integriti.

6. Lebih daripada itu ia harus memuaskan hati atau, sekurang-kurangnya pun, menenangkan perasaan 14.82 juta rakyat jelata yang keluar mengundi.

7. Malangnya, atas alasan kerajaan perpaduan, pelantikan kontroversial yang dulu dielakkan oleh kerajaan Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob dilakukan.

8. Apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sendiri menjustifikasikan pelantikan orang yang ada kes mahkamah menggunakan alasan “innocent until proven guilty”, kebimbangan kita adalah hujah itu akan menjadi “self-fulfilling prophesy”.

Loading...

9. Ertinya, orang yang menggunakan hujah itu mungkin mahu pendapatnya itu menjadi kenyataan.

10. Dan sebagai Perdana Menteri, Anwar mempunyai kuasa eksekutif yang cukup besar untuk menjadikan apa yang dia mahu jadi, terjadi. Satu prospek yang ngeri.

Wallahuaklam. Terima kasih.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...