
Ayah kepada Muhammad Yusoff Rawther, Muhammed Ali Mohammed Idris hari ini menegaskan bahawa Mohideen Abdul Kader tidak mewakili Yusoff ataupun ditugaskan untuk keluarkan kenyataan bagi pihak keluarganya.
Semalam, Mohideen mendakwa Yusoff agak tersisih dari keluarganya semenjak kematian datuknya, SM Mohamed Idris awal tahun ini.
Mohideen turut berkata dakwaan Yusoff tidak diketahui oleh keluarganya sebelum ini dan menyifatkan Yusoff sebagai seorang individu “berego besar.”
Walaubagaimanapun, ayah Yusoff menyangkal dakwaan Mohideen dan menegaskan bahawa Yusoff ada memberitahu ahli keluarga berkenaan kejadian serangan seksual tersebut di sekitar tarikh ianya berlaku.
PETALING JAYA: Ayah kepada Muhammad Yusoff Rawther, Muhammed Ali Mohammed Idris hari ini menegaskan bahawa Mohideen Abdul Kader tidak mewakili Yusoff ataupun ditugaskan untuk keluarkan kenyataan bagi pihak keluarganya.
Menurut Muhammed Ali, Mohideen hanya sekadar adik kepada arwah ayahnya dan tidak terlibat langsung dalam kehidupan Yusoff atapun tahu-menahu berkenaan kejadian yang berlaku.
Rabu lalu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim didakwa telah mencabul kehormatan Yusoff menerusi serangan berbentuk fizikal dan seksual.
Menerusi satu surat akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019, Yusoff turut mendakwa ada percubaan oleh Anwar untuk meliwatnya secara paksa.
Yusoff menyifatkan apa yang berlaku terhadap dirinya sebagai jijik, tidak Islamik dan di luar batasan undang-undang.
Sebelum ini, pada 19hb September 2019, Yusoff memfailkan saman terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, atas dakwaan menumbuk beliau (Yusoff) berulang kali tanpa sebab di ofis Bukit Gasing Anwar.
Semalam, Mohideen mendakwa Yusoff agak tersisih dari keluarga semenjak kematian datuknya, SM Mohamed Idris awal tahun ini.
Mohideen turut berkata dakwaan Yusoff tidak diketahui keluarganya sebelum ini dan menyifatkan Yusoff sebagai seorang individu “berego besar.”
Walaubagaimanapun, ayah Yusoff menyangkal dakwaan Mohideen dan menegaskan bahawa Yusoff ada memberitahu ahli keluarga berkenaan kejadian serangan seksual tersebut di sekitar tarikh ianya berlaku.
THE THIRD FORCE
Disunting dari terbitan FMT
