
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung penahanan suspek kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) kepada Pejabat Peguam Negara, 23 Oktober lalu.
“Segala dokumen diperlukan sudah dikemukakan dan kini terpulang pada Peguam Negara sama ada cukup bukti atau tidak untuk dituduh di mahkamah.
“Dari segi siasatan polis sudah selesai,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung penahanan suspek kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) kepada Pejabat Peguam Negara, 23 Oktober lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kini pihaknya sedang menunggu keputusan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pihaknya berpuas hati hasil siasatan berhubung penahanan 12 individu itu.
“Segala dokumen diperlukan sudah dikemukakan dan kini terpulang pada Peguam Negara sama ada cukup bukti atau tidak untuk dituduh di mahkamah.
“Dari segi siasatan polis sudah selesai,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Nota: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
www.thethirdforce.net
Mengulas mengenai ahli keluarga suspek yang dibenarkan untuk bertemu sempena Deepavali, Ayob Khan berkata, ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan yang mana ahli keluarga terdekat dibenarkan untuk berjumpa.
“Kita juga mendapat arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang meminta kita mengaturkan pertemuan berkenaan.
“Ahli keluarga tahanan dibenarkan membawa makanan dan setiap daripada mereka dibenarkan untuk bertemu selama dua jam.
“Ahli keluarga mereka (suspek) bertemu mengikut masa berbeza iaitu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit LTTE mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:
YOUTUBE: THE THIRD FORCE
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
