Ayob Khan (LTTE): Kita ada undang-undang keganasan sendiri, tak perlu ikut orang

“Kita ada undang-undang dan senarai kita sendiri, jadi kita ikut senarai kita. Kita bukan ikut orang” – Ayob Khan. Sumber (gambar): TTF

Malaysia mempunyai undang-undang dan senarai sendiri berhubung keganasan dan tidak perlu mengikut senarai kumpulan pengganas yang dikeluarkan negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

Demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, yang turut berkata AS berhak dan mempunyai sebab tersendiri untuk mengeluarkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai mereka.

Kenyataan beliau dipercayai mengulas dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya kebimbangan orang awam akan meningkat dengan penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan LTTE sedangkan organisasi itu tidak disebut dalam laporan AS mengenai keganasan.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka kerana dipercayai memberikan sokongan kepada LTTE, November tahun lalu.


PETALING JAYA: Malaysia mempunyai undang-undang dan senarai sendiri berhubung keganasan dan tidak perlu mengikut senarai kumpulan pengganas yang dikeluarkan negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

Demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, yang turut berkata AS berhak dan mempunyai sebab tersendiri untuk mengeluarkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai mereka.




“Kita ini negara berdaulat. Setiap apa yang kita buat melalui standard operasi prosedur (SOP) yang mantap.

“Kita ada undang-undang dan senarai kita sendiri, jadi kita ikut senarai kita. Kita bukan ikut orang.

“Kita tidak boleh mengambil senarai daripada AS untuk dijadikan asas. Kalau AS mahu keluarkan, mereka boleh keluarkan tapi banyak negara lain yang menyenaraikan LTTE sebagai pengganas,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada sidang media selepas menjadi ahli panel pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019 dengan tema “Membina Kepercayaan dan Ketelusan: Bekerjasama, Mempercepat, Memperkukuh” di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan beliau dipercayai mengulas dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya kebimbangan orang awam akan meningkat dengan penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan LTTE sedangkan organisasi itu tidak disebut dalam laporan AS mengenai keganasan.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka kerana dipercayai memberikan sokongan kepada LTTE, November tahun lalu.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...