Ayuh kita SERANG segala yang mungkar

Hasrul Ali

Assalammualaikum warahmatulllahi wabarakatuh… dan Salam Sejahtera. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan kita semua.

Pada minggu lalu, saya telah diserang sakit lutut, akibat alergi pemakanan. Alhamdullilah, hari ini keadaan sudah semakin baik. Nampaknya saya harus lebih berhati-hati di masa hadapan, melencong dari amaran alergi yang sama. Hari ini, saya telahpun kembali ke negeri kelahiran saya, Pulau pinang. Rancangan saya adalah untuk MENYERANG beberapa lokasi terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang memang kerjanya menggoda. Itu harus.




Selain itu, semenjak sahabat saya, Dato Azwanddin HAMZAH selaku penasihat tetap kehormat Gagasan Tiga ‘direhatkan’ kerana memperjuangkan kebenaran atas penggunaan perkataan SERANG, saya telah diSERANG pula dengan pelbagai soalan di kalangan ramai untuk mengetahui kisah sebenar penangkapan. Tak perlu risau wahai rakan-rakan, PDRM adalah sebuah badan yang insyaAllah terjamin ketelusannya dalam menegakkan undang-undang. Andanya tidak, percayalah: sebaik manapun rancangan manusia, tiada yang lebih baik dari rancangan ALLAH.

Oleh itu wahai sahabat-sahabat Islamku semua, ayuhlah kita kembali menyatu. Ketepikan segala agenda poliTIKUS yang ada. Ayuh kita tunaikan segala tuntutan Allah yang Maha Esa. Kita SERANG segala yang mungkar, dan perlahan-lahan menyusun kebenaran. Kerana janji Allah itu benar: “Andai datangnya HAQ, bathil pastinya musnah”.

Ayuh ketemu di Padang Kota Lama, 29hb Disember, 9malam.

P/s: Harap tiada pula gari di tangan serta muka tertenyeh ke lantai, hanya disebabkan penggunaan perkataan SERANG saya di sini.

Hasrul Ali
Timbalan Presiden Consent Malaysia
Naib Pengerusi Gagasan Tiga.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...