Azam Baki beri amaran halus kepada pemimpin tertentu?

Azam Baki perlu ‘direhatkan’ daripada tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan disiasat oleh badan bebas yang tidak berkait dengan kerajaan, samada secara langsung atau tidak langsung. Sumber (gambar): Fail TTF

“Daripada pemerhatian saya, Azam terjerat akibat pengakuannya sendiri berhubung isu saham dan kini sedang bermain persepsi kononnya beliau ada ‘rahsia’ yang boleh membuktikan beliau tidak bersalah. Mungkin juga ‘rahsia’ ini berkait dengan pemimpin-pemimpin tertentu, dan Azam mungkin sedang memberi amaran secara halus kepada pemimpin-pemimpin berkenaan agar mereka tidak mengganggu dirinya”

Raggie Jessy Rithaudeen

عزم باكي بري امران هالوس كڤد ڤميمڤين ترتنتو؟

Dakwaan terkini Tan Sri Azam Baki kononnya beliau bukan ahli politik dan tidak perlu melayan soalan-soalan tertentu berkaitan isu pemilikan sahamnya amat pelik dan bakal memakan diri.

Sebelum ini, dalam satu sidang media khas pada 5hb Januari, Azam sendiri mengaku bahawa akaun sahamnya telah digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, untuk membeli saham dalam jumlah yang besar.




Tanpa diduga, pendedahan ini memakan diri setelah ianya menarik perhatian Suruhanjaya Sekuriti, yang kini telah memulakan siasatan terhadap Azam.

Ini kerana Seksyen 25 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA) menetapkan bahawa akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat, manakala Seksyen 29 (A) akta yang sama mewajibkan hal ehwal akaun sekuriti hanya dapat diubah pemilik yang menerima manfaat atau penama yang diberi kuasa.

Berdasarkan laporan, Azam didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam pada 2016, serta 2.15 juta waran dalam sebuah lagi syarikat lain semasa memegang jawatan sebagai pengarah bahagian siasatan SPRM.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Jika dikaji, jumlah ini melanggar pekeliling pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam, kerana membabitkan akaun saham milik Azam Baki, seorang berpangkat tinggi dalam agensi kerajaan.

Dari sudut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pula, timbul soal samada Azam Baki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan saham dalam jumlah yang besar, yang mungkin berupa ‘ganjaran’ bagi tujuan tertentu.

TONTON: ISMAIL SABRI PERLU UNDUR – BUBAR PARLIMEN, TUBUH MAGERAN ATAU ADAKAN PRU

Jika saham ini diketahui boleh membawa keuntungan buat Azam Baki dalam jangka masa tertentu, ianya boleh disifatkan sebagai satu bentuk suapan.

Kesemua ini wajib disiasat, dan memandangkan Azam Baki merupakan Ketua Pesuruhjaya agensi kerajaan (SPRM), siasatan dalaman SPRM atau siasatan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memadai.

Loading...

Sebaliknya, Azam Baki perlu ‘direhatkan’ daripada tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan disiasat oleh badan bebas yang tidak berkait dengan kerajaan, samada secara langsung atau tidak langsung.

Biarpun fakta-fakta ini diutarakan oleh beberapa pihak sejak 5hb Januari, Azam tidak pernah menyangkalnya malah terus membisu sehingga semalam.

Kemudian, apabila bersuara, beliau mendakwa “akan sampai satu hari bila masanya sesuai, di mana semua akan ketahui kebenaran.”

Persoalannya, apakah wujud satu ‘kebenaran’ yang ‘lebih benar’ daripada apa yang sudah pun didedahkan oleh Azam sendiri pada 5hb Januari?

Dan jika ada ‘kebenaran’ yang ‘lebih benar’ yang mampu membantu Azam, kenapa Azam tidak mendedahkannya pada 5hb Januari?

Daripada pemerhatian saya, Azam terjerat akibat pengakuannya sendiri berhubung isu saham dan kini sedang bermain persepsi kononnya beliau ada ‘rahsia’ yang boleh membuktikan beliau tidak bersalah.

Mungkin juga ‘rahsia’ ini berkait dengan pemimpin-pemimpin tertentu, dan Azam sedang memberi amaran secara halus kepada pemimpin-pemimpin berkenaan agar mereka tidak mengganggu dirinya.

Barangkali ini menjelaskan kenapa Azam memberitahu bahawa hanya Yang Di-Pertuan Agong boleh menyingkirkannya dari jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

WAJIB BACA:

ISMAIL SABRI TAKUT DENGAN AZAM BAKI?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...