Azam Baki diminta hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Terdapat peruntukan dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk menetapkan perintah kehadiran mana-mana saksi. Sumber (gambar): Fail TTF

عزم باكي دمينتا حاضر ك جاوتنكواس ڤيليهن خاص ڤرليمين

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah diminta hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari depan.

Ahli PSC, Chan Foong Hin berkata, pihaknya telah diberitahu bahawa satu surat telah dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin yang meminta Azam untuk hadir ke musyuarat itu bagi membincangkan isu pemilikan jutaan saham dalam dua buah syarikat tersenarai baru-baru ini.

Sebelum ini, jelas Foong Hin, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi juga telah memanggil Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, PSC yang sebelum ini dipengerusikan oleh ahli Parlimen Kuala Krai (Pas), Abdul Latiff Abdul Rahman tidak membentangkan laporan mesyuarat dengan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun mesyuarat kali ini mungkin berbeza.


SHAH ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah diminta hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari depan.

Memetik laporan Malaysia Kini pada Khamis, Ahli PSC, Chan Foong Hin berkata, pihaknya telah diberitahu bahawa satu surat telah dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin yang meminta Azam untuk hadir ke musyuarat itu bagi membincangkan isu pemilikan jutaan saham dalam dua buah syarikat tersenarai baru-baru ini.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Foong Hin ketika ditanya sama ada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang turut dipanggil, beliau berkata, difahamkan hanya Azam yang akan hadir ke mesyuarat itu.

“Setahu saya, hanya Azam yang dipanggil ke mesyuarat PSC.

“Terdapat peruntukan dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk menetapkan perintah kehadiran mana-mana saksi,” katanya pada Khamis.

BACA JUGA: AZAM BAKI BERI AMARAN HALUS KEPADA PEMIMPIN TERTENTU?

Sebelum ini, jelas Foong Hin, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi juga telah memanggil Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Di bawah Seksyen 16 akta tersebut, majlis dan mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya dengan perintah majlis untuk memanggil orang-orang, dokumen atau kertas, boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapan majlis atau di hadapan jawatankuasa itu dan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod atau dokumen dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu.

Katanya, PSC yang sebelum ini dipengerusikan oleh ahli Parlimen Kuala Krai (Pas), Abdul Latiff Abdul Rahman tidak membentangkan laporan mesyuarat dengan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun mesyuarat kali ini mungkin berbeza.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...