Khairuddin Abu Hassan
Kerajaan pada hari ini harus siasat integriti Azam Baki terlebih dahulu sebelum Ketua Pesuruhjaya SPRM hendak siasat orang lain.
Saya amat curiga dengan integriti dan prinsip perkhidmatan Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ketua Pesuruhjaya SPRM kelihatan tidak berani bertindak di bawah mana-mana rejim atau kerajaan masakini yang memerintah negara.
Beliau kelihatan mengikut telunjuk dan membela sesiapa saja yang menjadi tokoh pemimpin masakini sererusnya senantiasa cuba untuk melindungi seseorang tokoh kerajaan masakini walaupun didapati bersalah.
Sebagai contoh yang jelas dalam isu kes skandal 1MDB Azam Baki lah yang cuba membela Najib Tun Razak dengan membuat pelbagai kenyataan yang tidak berasas.
Pada waktu itu Azam Baki mengesahkan beliau sudah bertemu secara peribadi dengan penderma kerabat DiRaja dari Timur Tengah yang menderma wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Mantan Perdana ke enam.
Sesungguhnya, kerajaan PH harus siasat Azam Baki secara komprehensif dan rombakan secara berskala besar harus dijalankan ke atas badan SPRM.
Banyak lagi perkara-perkara lain yang menunjukkan bahawa Azam Baki adalah seorang yang berkhidmat secara tidak jujur dan tak amanah.
Sesiapa saja yang menjadi ‘Kerajaan’ masakini Azam Baki dan SPRM kelihatan akan terus membantu untuk melindungi kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada waktu itu.
Kerajaan PH harus melakukan agenda transformasi serta reformasi ke atas institusi-institusi dan badan-badan penguatkuasa undang-undang yang tidak berprinsip.
Sekiranya kita tidak membersihkan badan-badan penguatkuasaan undang-undang secara total ianya akan menyukarkan agenda untuk melawan rasuah di negara ini.
PEJUANG dan GERAKAN TANAH AIR (GTA) Wilayah Persekutuan menyokong penuh sebarang daya-usaha murni pihak kerajaan untuk membanteras segala bentuk salahlaku dalam pentadbiran negara.
Apa saja yang dilakukan baik oleh kerajaan kami akan terus membantu serta menyokonginya.
Tetapi sekiranya kerajaan melakukan apa saja bentuk kesalahan kami akan lawan secara bermatian untuk menegakkan kebenaran.
Seleruh pentadbiran negara harus dicuci secara habis-habisan demi kesejahteraan bersama bagi membina semula negara Malaysia Baharu.
Amalan rasuah serta salahguna kuasa mesti dihapuskan dan PEJUANG serta GTA Wilayah Persekutuan sanggup berganding bahu dengan kerajaan bagi mencapai matlamat murni ini secara bersama.
