‘Azam Baki tidak boleh atasi Parlimen’ – Jawatankuasa Pilihan Khas

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Sumber (gambar): Fail TTF

ءعزم باكي تيدق بوليه اتسي ڤرليمينء – جاوتنكواس ڤيليهن خاص

Empat ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan menyoal Azam Baki esok berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak boleh mengatasi Parlimen dan mesti hadir apabila dipanggil.

Pada sidang media, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi bawah Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Rahman daripada PAS, mengkaji semula keputusannya membatalkan mesyuarat esok.

Khoo berkata, Azam memberi tiga sebab beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat itu, iaitu saman sivilnya terhadap seorang pemberi maklumat mengenai isu itu, tiada rang undang-undang persendirian dibentangkan untuk beliau dipanggil ke Parlimen dan agensi lain sedang menyiasat perkara itu.

Beliau menyanggah kenyataan Azam dengan berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas telah menyiasat banyak kes yang melibatkan saman fitnah dan kes mahkamah yang sedang berlangsung dan masih boleh memanggil individu terlibat.


PETALING JAYA: Empat ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan menyoal Azam Baki esok berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak boleh mengatasi Parlimen dan mesti hadir apabila dipanggil.

Pada sidang media, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi bawah Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Rahman daripada PAS, mengkaji semula keputusannya membatalkan mesyuarat esok.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Beliau berkata, mesyuarat itu perlu diteruskan walaupun Azam tidak hadir kerana terdapat perkara lain yang perlu dibincangkan, termasuk individu lain yang perlu dipanggil untuk disoal.

“Siapa Azam Baki? Bolehkah beliau mengatasi Parlimen? Kita harus tegaskan beliau hadir dahulu. Kalau beliau enggan, baharu kita boleh ambil tindakan. Kita harus teruskan mesyuarat kita.

TONTON: TANDA-TANDA JELAS SERANGAN TERHADAP NAZLAN TERANCANG, BERNIAT JAHAT

“Sebab yang diberikan oleh Azam (untuk menangguhkan mesyuarat) hanyalah alasan. Jika kita panggil, beliau harus datang ke mesyuarat dan memberikan pandangannya. Datang dulu.

“Ini tidak sepatutnya berlaku dengan ketua SPRM. Ia menetapkan duluan buruk. Pada masa hadapan, orang lain yang dipanggil Jawatankuasa Pilihan Khas atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) boleh menggunakan alasan yang sama untuk mengelak,” kata Ahli Parlimen DAP itu.

Khoo berkata, Azam memberi tiga sebab beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat itu, iaitu saman sivilnya terhadap seorang pemberi maklumat mengenai isu itu, tiada rang undang-undang persendirian dibentangkan untuk beliau dipanggil ke Parlimen dan agensi lain sedang menyiasat perkara itu.

Beliau menyanggah kenyataan Azam dengan berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas telah menyiasat banyak kes yang melibatkan saman fitnah dan kes mahkamah yang sedang berlangsung dan masih boleh memanggil individu terlibat.

Katanya, Peraturan Mesyuarat jelas menyatakan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas boleh memanggil sesiapa sahaja tanpa membentangkan sebarang rang undang-undang dan ia tidak terhad kepada menyiasat isu yang sedang disiasat oleh agensi penguatkuasaan.

Loading...

Seorang lagi ahli jawatankuasa, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata, jawatankuasa itu bukan cuba mencari kesalahan Azam atau SPRM tetapi hanya menjalankan tanggungjawab memantau agensi bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Saya minta pengerusi kita mengkaji semula keputusan beliau membatalkan mesyuarat kerana kuasa untuk memanggil mesyuarat itu terletak di tangannya. Saya minta kita teruskan berjumpa esok,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Ahli-ahli Parlimen yang hadir berkata, mereka juga bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman, yang tidak dapat hadir.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dijadual bermesyuarat esok untuk membincangkan urusan pembelian saham Azam tetapi Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, ia ditangguhkan ke tarikh yang akan diputuskan kemudian disebabkan isu-isu yang perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang Parlimen.

Latiff berkata, Azam menimbulkan kebimbangan bahawa mesyuarat itu mungkin bersifat ultra vires terhadap Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Sumber:

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...