
Azan Subuh menjadi penyelamat kepada 10 beranak yang tidak menyedari perkarangan rumah mereka di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air kira-kira 0.2 meter, pagi tadi.
Othman Mat, 74, berkata kedudukan rumah yang hampir dengan sungai menyebabkan limpahan air cepat memasuki rumah dan menyebabkan merek sekeluarga terperangkap.
“Air kembali surut kira-kira jam 9 pagi tadi dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan kami yang tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.
ARAU: Azan Subuh menjadi penyelamat kepada 10 beranak yang tidak menyedari perkarangan rumah mereka di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air kira-kira 0.2 meter, pagi tadi.
Othman Mat, 74, tersedar daripada tidur selepas mendengar laungan azan kira-kira jam 5.45 pagi, sebelum menyedari berlaku limpahan sungai berdekatan.
“Sebaik membuka pintu rumah, saya lihat air sungai sudah melimpah dan memenuhi halaman dan menenggelamkan motosikal di bawah bumbung luar.
“Melihat keadaan itu, saya bergegas mengejutkan anak dan cucu yang ketika itu masih tidur supaya segera menyelamatkan barangan penting kerana bimbang rumah dinaiki air,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Othman berkata, air memenuhi ruang tamu rumahnya hingga ke paras betis dalam masa satu jam.
Katanya, kedudukan rumah yang hampir dengan sungai menyebabkan limpahan air cepat memasuki rumah dan menyebabkan merek sekeluarga terperangkap.
“Air kembali surut kira-kira jam 9 pagi tadi dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan kami yang tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.
Sumber:
