Azan Subuh jadi penyelamat 10 beranak yang tidak sedar rumah dinaiki air

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Arau membawa keluar mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Titi Besi. Sumber (gambar, kapsyen): Berita Harian

Azan Subuh menjadi penyelamat kepada 10 beranak yang tidak menyedari perkarangan rumah mereka di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air kira-kira 0.2 meter, pagi tadi.

Othman Mat, 74, berkata kedudukan rumah yang hampir dengan sungai menyebabkan limpahan air cepat memasuki rumah dan menyebabkan merek sekeluarga terperangkap.

“Air kembali surut kira-kira jam 9 pagi tadi dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan kami yang tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.


ARAU: Azan Subuh menjadi penyelamat kepada 10 beranak yang tidak menyedari perkarangan rumah mereka di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air kira-kira 0.2 meter, pagi tadi.

Othman Mat, 74, tersedar daripada tidur selepas mendengar laungan azan kira-kira jam 5.45 pagi, sebelum menyedari berlaku limpahan sungai berdekatan.




“Sebaik membuka pintu rumah, saya lihat air sungai sudah melimpah dan memenuhi halaman dan menenggelamkan motosikal di bawah bumbung luar.

“Melihat keadaan itu, saya bergegas mengejutkan anak dan cucu yang ketika itu masih tidur supaya segera menyelamatkan barangan penting kerana bimbang rumah dinaiki air,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Othman berkata, air memenuhi ruang tamu rumahnya hingga ke paras betis dalam masa satu jam.

Katanya, kedudukan rumah yang hampir dengan sungai menyebabkan limpahan air cepat memasuki rumah dan menyebabkan merek sekeluarga terperangkap.

“Air kembali surut kira-kira jam 9 pagi tadi dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan kami yang tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...