Azeez: Debat dengan Mujahid tetap diteruskan

Pada 22 Julai lalu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin berkata, sebagai sebuah akhbar yang bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik, Sinar Harian bersedia untuk menemukan Mujahid Abdul Azeez. Sumber (gambar): Fail TTF

ازيايز: ديبت دڠن مجاهد تتڤ دتروسكن

Debat berkaitan isu-isu yang dibangitkan dalam Tabung Haji (TH) antara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tetap diteruskan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Abdul Azeez berkata, debat bersama Mujahid untuk membincangkan isu TH sepatutnya dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha tetapi pihak pengurusannya menetapkan satu tarikh yang sesuai bagi program tersebut.

Pada 21 Julai lalu, Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai kedudukan institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu dan dakwaan-dakwaan perkembangan TH sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.


KUALA LUMPUR: Debat berkaitan isu-isu yang dibangitkan dalam Tabung Haji (TH) antara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tetap diteruskan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Abdul Azeez berkata, debat bersama Mujahid untuk membincangkan isu TH sepatutnya dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha tetapi pihak pengurusannya menetapkan satu tarikh yang sesuai bagi program tersebut.




“Ini kerana saya difahamkan terlalu ramai yang berminat untuk menyaksikan perbahasan kami berdua.

“Entah apalah yang Yang Berhormat Parit Buntar seronok sangat ni. Saya dulu bukan menteri agama pun. Bukan juga timbalan menteri tetapi hanyalah seorang bekas Pengerusi Bukan Eksekutif (TH). Insya-ALLAH kita jumpa nanti,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Mujahid mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai kedudukan institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu dan dakwaan-dakwaan perkembangan TH sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Katanya, beliau mahu berdebat secara terbuka dengan Abdul Azeez selepas Ahli Parlimen Baling itu galak mencelah ketika beliau berucap di Parlimen pada 15 Julai lalu.

Pada 22 Julai lalu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin berkata, sebagai sebuah akhbar yang bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik, Sinar Harian bersedia untuk menemukan Mujahid Abdul Azeez.

Mujahid pada hari yang sama bersetuju dengan cadangan Sinar Harian untuk menyediakan platform bagi penganjuran debat berhubung kedudukan TH yang mencetuskan polemik dalam kalangan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Loading...

Ia kemudiannya disusuli dengan persetujuan Abdul Azeez menyahut cabaran Mujahid untuk berdebat berkaitan isu TH.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...