Azeez Rahim berjaya tangguh bicara kes rasuah, ubah wang haram

Azeez, 54, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd. Sumber (gambar): Fail TTF

ازيايز رحيم برجاي تڠڬوه بيچارا كيس رسواه، اوبه واڠ حرام

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan semua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah menggunakan budi bicara untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Azeez dalam hujahannya berkata, pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan sekiranya rayuan anak guamnya berjaya, ia menjimatkan masa dan kos Mahkamah Sesyen yang mendengar kes itu.

“Memandang pihak pendakwa tidak membantah permohonan penangguhan itu, menunjukkan bahawa mereka menghormati proses dinamik prosiding dan tidak ada prasangka dalam kes ini,” katanya.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan semua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah menggunakan budi bicara untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen.




“Selepas mempertimbangkan hujahan pihak peguam dan mengambil kira pendakwaan juga tidak membantah permohonan itu, mahkamah dengan ini membenarkan permohonan pemohon (Azeez).

“Mahkamah juga menimbang prinsip undang-undang dalam satu permohonan untuk penggantungan prosiding (bicara). Di dalam kes ini, terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sehingga pelupusan dan penyelesaian rayuan pemohon di mahkamah rayuan,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Hakim Muhammad Jamil menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan semua 13 pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati semua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Azeez memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di mahkamah rayuan pada hari sama (12 Mac) dan permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen difailkan pada 8 April lepas.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Azeez dalam hujahannya berkata, pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan sekiranya rayuan anak guamnya berjaya, ia menjimatkan masa dan kos Mahkamah Sesyen yang mendengar kes itu.

“Memandang pihak pendakwa tidak membantah permohonan penangguhan itu, menunjukkan bahawa mereka menghormati proses dinamik prosiding dan tidak ada prasangka dalam kes ini,” katanya.

Pengurusan kes di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 8 Jun depan.

Loading...

Timbalan Pendakwa Raya, Adam Mohamed, kemudian berkata pihak pendakwaan mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tidak membantah terhadap permohonan itu.

Sementara itu, Adam ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata setakat ini seramai tujuh saksi pendakwaan sudah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos tahun lepas.

Azeez, 54, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Sumber:

WAJIB BACA:

Lim Guan Eng terkhilaf, DAP, Anwar pernah cuba runding dengan Kleptokrat baru-baru ini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...