Azis: Geran untuk Sabah bawah WARISAN dua kali ganda berbanding zaman Barisan Nasional

Menurut Mohd. Azis, bukan hendak mendabik dada, namun, itu adalah kayu ukur usaha Warisan dalam membela kepentingan rakyat Sabah. Sumber (gambar): Borneo Today

عزيز: ڬرن اونتوق سابه باوه واريثن دوا كالي ڬندا بربنديڠ زمان باريسن ناسيونل

Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya mendapatkan geran bernilai RM56.3 juta daripada Kerajaan Persekutuan, selepas hanya dua tahun menjadi kerajaan.

Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman berkata, jumlah itu dua  kali ganda berbanding RM26.3 juta yang diterima Sabah sejak lebih 40 tahun lalu.

Menurut Mohd Azis, BN dan Umno sepatutnya malu apabila cuba membuat perbandingan pentadbiran mereka dengan Warisan.

“Bayangkan 26 tahun mereka memerintah, tiada usaha yang nampak dalam memartabatkan ekonomi negeri.

“Balak yang ada, dijual bulat-bulat oleh syarikat kroni ke luar negara seperti Jepun, China dan Taiwan sehingga memberi pulangan sedikit kepada Yayasan Sabah,” katanya.


TAWAU: Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya mendapatkan geran bernilai RM56.3 juta daripada Kerajaan Persekutuan, selepas hanya dua tahun menjadi kerajaan.

Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman berkata, jumlah itu dua  kali ganda berbanding RM26.3 juta yang diterima Sabah sejak lebih 40 tahun lalu.




“Saya harap orang boleh menilai, bagaimana 26 tahun Barisan Nasional (BN) dan UMNO berkuasa di negeri ini, geran tersebut tidak pernah berubah.

“Namun, apabila Warisan di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kita berjaya mendapat geran kadar pemberian khas itu bernilai lebih RM50 juta setahun,” katanya.

Menurut Mohd. Azis, bukan hendak mendabik dada, namun, itu adalah kayu ukur usaha Warisan dalam membela kepentingan rakyat Sabah.

“Ia bukan sekadar di mulut saja, kita buktikan dengan hasil yang diterima negeri.

“Justeru, apabila puak di sebelah sana mahu membandingkan usaha mereka semasa berkuasa selama 26 tahun dengan Warisan yang baru dua tahun, adalah tidak adil,” katanya.

Cabaran Warisan dan Mohd Shafie semasa menjadi Ketua Menteri Sabah juga perlu diambil kira terutamanya ketika berdepan ketidakstabilan politik di peringkat Pusat dan pandemik Covid-19.

Menurut Mohd Azis, BN dan Umno sepatutnya malu apabila cuba membuat perbandingan pentadbiran mereka dengan Warisan.

Loading...

“Bayangkan 26 tahun mereka memerintah, tiada usaha yang nampak dalam memartabatkan ekonomi negeri.

“Balak yang ada, dijual bulat-bulat oleh syarikat kroni ke luar negara seperti Jepun, China dan Taiwan sehingga memberi pulangan sedikit kepada Yayasan Sabah,” katanya.

Tambah Mohd. Aziz, berbeza dengan pemerintahan Warisan, Mohd Shafie menghentikan eksport kayu balak keluar negara dengan memajukan industri hiliran berkaitan.

“Malah Ketua Menteri juga mempelawa negara pengimport berkaitan untuk membuka kilang pemprosesan kayu balak seperti perabot di Sabah.

“Begitu juga dengan sektor minyak kelapa sawit apabila Sabah buat julung kalinya memiliki minyak masak keluaran sendiri jenama BESS, GOLD dan terbaharu ONSOI,” katanya.

Seperti juga balak, keputusan Mohd Shafie mengurangkan eksport minyak kelapa sawit ke negeri lain dengan membuka kilang memproses minyak masak sendiri di Tawau, Sandakan dan Keningau berjaya memberi pulangan lebih baik bukan saja kepada Sabah, tetapi juga rakyat tempatan menerusi peluang pekerjaan.

Menurut Ahli Parlimen Sepanggar itu, semua usaha itu tidak dinikmati rakyat Sabah sepanjang 26 tahun Umno dan BN berkuasa.

“Justeru, saya yakin, jika Warisan diberi mandat sekali lagi, kita pastinya berjaya membuka lebih banyak sektor perindustrian pada masa akan datang dan boleh setanding dengan negeri maju lain.

“Sabah dianugerahkan dengan pakej lengkap kerana kaya dengan hasil hutan, batu arang, gas, kepala sawit, emas dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, jika dimanfaatkan sepenuhnya dan diurus tadbir dengan baik, ia mampu dinikmati rakyat Sabah di bumi sendiri.

“Apa yang berlaku dalam tempoh 26 tahun berkuasa di Sabah, hanya pemerintah dan syarikat kroni mengaut keuntungan banyak.

“Perkara itu yang Ketua Menteri mahu ubah dengan kebajikan rakyat lebih diutamakan menerusi polisi Kerajaan Negeri yang baharu, namun, ia tidak disenangi pihak lawan sehingga sanggup mengadakan komplot rampasan kuasa,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...