Azmin: Ada ‘tangan ghaib’ dalam PKR cuba halang saya bersuara di kongres AMK

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Semalam, Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata, keputusan untuk menjemput Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional AMK di Melaka 6 Disember ini dibuat pada mesyuarat pimpinan pusat sayap itu pada 20 Oktober lepas.

Akmal Nasrullah dilapor berkata, hasil mesyuarat itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Biro Politik Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK).




Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada AMK untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

“Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan. Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.

“Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada media selepas berucap pada Siri Forum Menteri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2019 di INTAN, Bukit Kiara hari ini.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan pembatalan jemputan itu yang dianggapnya bagi menghalang beliau daripada bersuara dalam kongres sayap parti itu.

Semalam, Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata, keputusan untuk menjemput Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional AMK di Melaka 6 Disember ini dibuat pada mesyuarat pimpinan pusat sayap itu pada 20 Oktober lepas.

Akmal Nasrullah dilapor berkata, hasil mesyuarat itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Biro Politik Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...