Azmin Ali dakwa ‘amalan seksual Anwar yang tidak bermoral sebagai seorang Islam’ punca dia tinggalkan PKR

Azmin dalam pernyataan pembelaannya berkata dia meragui status pengampunan penuh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar. Sumber (gambar): TTF

عزمين علي دعوا ءعمالن سيكسوال انور يڠ تيدق برمورل سباڬاي سأورڠ اسلامء ڤونچا دي تيڠڬلكن ڤقر

Datuk Seri Azmin Ali mendakwa ‘amalan seksual yang tidak bermoral’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah satu sebab beliau meninggalkan PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perkara itu dinyatakan oleh Azmin dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya.

Menurut Azmin lagi, Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan seorang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi perdana menteri Malaysia.

“Dakwaan ini disokong oleh beberapa dakwaan kukuh berhubung perlakuan dan/atau amalan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang tidak bermoral sebagai seorang beragama Islam, khususnya semenjak DSAI kembali menjadi presiden PKR dan telah bebas untuk bergerak,” katanya.


PETALING JAYA: Datuk Seri Azmin Ali mendakwa ‘amalan seksual yang tidak bermoral’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah satu sebab beliau meninggalkan PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Malaysiakini, perkara itu dinyatakan oleh Azmin dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya.




Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan melalui firma guamannya Tetuan Zharid Nizamuddin, Azmin berkata, amalan seksual itu menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap Anwar.

Menurut Azmin lagi, Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan seorang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi perdana menteri Malaysia.

“Dakwaan ini disokong oleh beberapa dakwaan kukuh berhubung perlakuan dan/atau amalan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang tidak bermoral sebagai seorang beragama Islam, khususnya semenjak DSAI kembali menjadi presiden PKR dan telah bebas untuk bergerak,” katanya.

Azmin merujuk kepada dua kes membabitkan tuduhan yang dibuat oleh Mohammed Yusoff Rawther mengenai serangan seksual yang dilakukan oleh Anwar dan tuduhan yang sama yang dibuat oleh individu bernama Aidil Azim Abu Adam.

Anehnya, Azmin pada tahun 2019 turut terpalit dengan skandal seks di luar tabie apabila video yang memaparkan individu mirip wajahnya tersebar luas di media sosial.

Namun begitu, Azmin menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu berkenaan dan berkata video itu ditularkan untuk menjatuhkan karier politiknya dalam PKR.

Azmin dalam pernyataan pembelaannya juga berkata dia meragui status pengampunan penuh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar.

Loading...

Anwar dipenjarakan pada tahun 2015 atas dakwaan meliwat bekas pembantunya tetapi diberi pengampunan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 2018.

Azmin yang juga menteri perdagangan, antarabangsa dan industri juga menafikan dakwaan bahawa dia gagal menunaikan janji pilihan raya terhadap pengundi di kawasan Gombak.

Katanya, manifesto pilihan raya tersebut merupakan satu deklarasi niat dan polisi yang ingin dilaksanakan oleh PH secara kolektif dan bukan individu.

Bagaimanapun Azmin berkata dia masih komited untuk memerangi dan menghapuskan rasuah meskipun tidak bersama PKR dan telah menyertai Bersatu.

THE THIRD FORCE

Disunting dari laporn asal oleh Malaysiakini

WAJIB BACA:

Here’s why neither Perikatan Nasional nor Barisan Nasional will win the 15th general election (Part One)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...