Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong

Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong. Sumber (gambar): Twitter Azmin Ali (@AzminAli)

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di Istana Negara, di sini hari ini.

Menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya, Mohamed Azmin memberitahu, beliau menjunjung nasihat serta pedoman daripada Sultan Abdullah.

“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SBP), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima menghadap patik di Istana Negara.


“Titah nasihat dan pedoman KDYMM SPB Tuanku akan patik junjung sentiasa,” tulisnya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...