Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam semalam

Beberapa portal berita melaporkan lebih 10 buah kenderaan berada di perkarangan kediaman rasmi Mohamed Azmin malam semalam. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di kediaman rasminya di Presint 10 di sini malam semalam.

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Antara pemimpin yang dipercayai hadir ialah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Terdahulu kecoh satu mesej bertebaran menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pertemuan melibatkan Mohamed Azmin dengan beberapa Ahli Parlimen PH dan BN.


PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di kediaman rasminya di Presint 10 di sini malam semalam.

Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pukul 11 malam.




Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Antara pemimpin yang dipercayai hadir ialah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Selain itu Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noriani Ahmad.

Terdahulu kecoh satu mesej bertebaran menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pertemuan melibatkan Mohamed Azmin dengan beberapa Ahli Parlimen PH dan BN.

Mesej tersebut yang disebarkan kepada beberapa orang wartawan Sinar Harian itu turut mendakwa berlaku pertemuan antara Mohamed Azmin Ali dengan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut mesej tersebut pertemuan itu didakwa diadakan bagi mendapatkan sokongan Ahli parlimen terbabit untuk mengagalkan peralihan kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu beberapa portal berita turut melaporkan lebih 10 buah kenderaan berada di perkarangan kediaman rasmi Mohamed Azmin malam semalam.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...