Azmin kejutkan semua, dakwa ‘ada parti komponen Barisan Nasional’ masuk Perikatan Nasional

Pada 19hb Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan bagi kali ketiga hasrat parti itu menyertai Perikatan Nasional bersama PPBM. Sumber (gambar): Fail TTF

عزمين كجوتكن سموا، دعوا ءاد ڤرتي كومڤونين باريسن ناسيونلء ماسوق ڤريكتن ناسيونل

Bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata, Perikatan Nasional (PN) yang didakwa telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mempunyai lima parti komponen termasuk parti dari Barisan Nasional.

Pendedahan mengejutkan ini bercanggah dengan dakwaan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa Barisan Nasional tidak akan menyertai Perikatan Nasional dan mencadangkan MCA atau MIC atau kedua-duanya mungkin telah menyertai Perikatan Nasional tanpa restu UMNO.

Perselisihan antara UMNO dan PAS berhubung komitmen kedua-dua parti itu terhadap Perikatan Nasional mula memuncak apabila Takiyuddin mendedahkan kegagalan UMNO berbincang dengan PAS sebelum membuat pengumuman rasmi tidak ingin menyertai gabungan kerajaan itu.

Disbabkan pengumuman UMNO yang mula-mula dibuat tidak lama selepas kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, PAS akhirnya membuat keputusan untuk memberi komitmen padunya terhadap Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.


PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata, Perikatan Nasional (PN) yang didakwa telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mempunyai lima parti komponen termasuk parti dari Barisan Nasional.

Pendedahan mengejutkan ini bercanggah dengan dakwaan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa Barisan Nasional tidak akan menyertai Perikatan Nasional dan mencadangkan MCA atau MIC atau kedua-duanya sekali mungkin telah menyertai Perikatan Nasional tanpa restu UMNO.




Azmin menamakan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai dua komponen Perikatan Nasional namun tidak menamakan tiga parti yang lain.

“Ada lima parti semuanya dan ada parti komponen dalam Barisan Nasional (BN)…gabungan BN bukannya BN secara keseluruhan,” katanya pada sidang media sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Pada 19hb Ogos lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan bagi kali ketiga hasrat parti itu menyertai Perikatan Nasional bersama PPBM.

Apabila ditanya berkenaan penglibatan UMNO, Takiyuddin sekadar menjawab tidak tahu dan berkata terpulang kepada UMNO samada ingin menyertai gabungan itu atau tidak.

Perselisihan antara UMNO dan PAS berhubung komitmen kedua-dua parti itu terhadap Perikatan Nasional mula memuncak apabila Takiyuddin mendedahkan kegagalan UMNO berbincang dengan PAS sebelum membuat pengumuman rasmi tidak ingin menyertai gabungan itu.

Pendedahan itu dibuat pada 1hb Ogos lalu di mana Takiyuddin turut berkata PAS sedang menunggu pelawaan daripada UMNO untuk membincangkan perkara berkenaan.

Disbabkan pengumuman UMNO yang mula-mula dibuat tidak lama selepas kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, PAS akhirnya membuat keputusan untuk memberi komitmen padunya terhadap Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

Kemudian, apabila berita pendaftaran Perikatan Nasional di RoS tular di media sosial awal pagi tadi, Zahid tiba-tiba mengumumkan bahawa UMNO akan meminta penjelasan dari PAS berhubung pendaftaran itu.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...