
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi berdepan dengan tuduhan salah laku seksual.
“Anwar mengemukakan penjelasan awal hari ini, dan saya sebagai Timbalan Presiden parti dan pimpinan tertinggi, kita pertahankan beliau.
“Kita memang parti yang daripada awal menolak politik jijik. Politik kotor bukan amalan kita. Kita mahu pihak yang tidak setuju harus berdepan dengan hujah dan wacana sihat, bukan terbabit dengan amalan fitnah dan keji.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional di sini, malam ini.
AYER KEROH: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi berdepan dengan tuduhan salah laku seksual.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam budaya politik kotor dan keji.
Mohamed Azmin turut menyokong langkah Presiden PKR itu membuat laporan polis dan menghantar notis undang-undang terhadap lelaki terbabit.
“Anwar mengemukakan penjelasan awal hari ini, dan saya sebagai Timbalan Presiden parti dan pimpinan tertinggi, kita pertahankan beliau.
“Kita memang parti yang daripada awal menolak politik jijik. Politik kotor bukan amalan kita. Kita mahu pihak yang tidak setuju harus berdepan dengan hujah dan wacana sihat, bukan terbabit dengan amalan fitnah dan keji.
“Saya kira Anwar mengambil langkah wajar, termasuk membuat laporan polis dan kita serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk lakukan siasatan dan sesiapa yang terbabit dalam budaya ini mesti dihukum kerana kita mahu suasana masyarakat yang bersih daripada budaya politik kotor,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional di sini, malam ini.
Sumber:
