Azmin: PKR parti yang sudah rosak

Pada Februari lalu PKR memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta. Sumber (gambar): Fail TTF

عزمين: ڤقر ڤرتي يڠ سوده روسق

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan melayani tuntutan berjumlah RM10 juta daripada PKR.

Mohamed Azmin menjelaskan beliau tidak bimbang mengenai perkara itu selain mendakwa PKR tidak lagi relevan.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung yang dilaporkan berkata, parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang telah keluar parti.

Chean Chung mendakwa jumlah RM10 juta itu dipersetujui untuk dibayar oleh kumpulan terbabit jika mereka berpaling tadah dan menggunakan kerusi yang diwakili bagi kepentingan peribadi serta bertentangan dengan kepentingan parti.


KUALA PILAH: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan melayani tuntutan berjumlah RM10 juta daripada PKR.

Mohamed Azmin menjelaskan beliau tidak bimbang mengenai perkara itu selain mendakwa PKR tidak lagi relevan.




“Untuk apa? Kenapa saya perlu bayar mereka (PKR) RM10 juta?

“Jika saya ada duit sekalipun, saya akan serah pada rakyat. Saya tidak akan serahkan kepada parti yang sudah rosak seperti PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung yang dilaporkan berkata, parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang telah keluar parti.

Chean Chung mendakwa jumlah RM10 juta itu dipersetujui untuk dibayar oleh kumpulan terbabit jika mereka berpaling tadah dan menggunakan kerusi yang diwakili bagi kepentingan peribadi serta bertentangan dengan kepentingan parti.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin juga menyifatkan kenyataan Chean Chung itu kurang cerdik.

“Saya malas bercakap pasal PKR ini sebab parti itu tidak lagi relevan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin hadir pada program korban perdana Penggerak Komuniti Negara, Negeri Sembilan di Laman D’Permai,Juasseh di sini hari ini.

Loading...

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Sementara itu, Zuraida baru-baru ini turut berkata, beliau tidak bimbang berdepan dengan surat tuntutan daripada PKR itu kerana dipecat dan bukan keluar parti.

Pada Februari lalu PKR memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...