Azmin: Syarikat tertentu boleh beroperasi pada kapasiti penuh

Azmin berkata, kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan dikenakan tindakan undang-undang. Sumber (gambar): Fail TTF

عزمين: شريكت ترتنتو بوليه بروڤرسي ڤد كاڤسيتي ڤنوه

#TTFCovid19: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua sektor ekonomi yang diberi ‘lampu hijau’ untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan.

Demikian menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang turut berkata kebenaran itu tertakluk kepada kewajipan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap bagi sektor masing-masing.

Azmin memberitahu, kerajaan bertanggungjawab memulihkan ekonomi dan melindungi mata pencarian rakyat, di mana usaha ini adalah untuk membina semula ekonomi yang mampan dan berdaya saing di samping mengembalikan keyakinan pelabur serta menjamin pekerjaan.

“Usaha memerangi COVID-19 belum berjaya sepenuhnya tetapi kita telah dapat melandaikan keluk (curve) ke tahap yang terkawal. Namun, kita tidak seharusnya alpa dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya.


PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua sektor ekonomi yang diberi ‘lampu hijau’ untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan.

Demikian menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang turut berkata kebenaran itu tertakluk kepada kewajipan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap bagi sektor masing-masing.




Azmin dipetik oleh portal Berita Harian sebagai berkata, inisiatif berkenaan akan memberi anjakan kepada pemulihan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara.

“Kebenaran ini berkuatkuasa mulai esok. Syarikat yang telah diluluskan untuk beroperasi tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran,” beliau dilaporkan berkata.

Azmin turut berkata, kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Ini tentunya akan memberi impak positif kepada pendapatan syarikat khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Sementara kerajaan memberikan kelonggaran ini, rakyat dan pemilik perusahaan perlu memulakan ‘kebiasaan baharu’ dengan mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja, kebersihan diri dan garis panduan kawalan kesihatan,” katanya.

Azmin memberitahu, kerajaan bertanggungjawab memulihkan ekonomi dan melindungi mata pencarian rakyat, di mana usaha ini adalah untuk membina semula ekonomi yang mampan dan berdaya saing di samping mengembalikan keyakinan pelabur serta menjamin pekerjaan.

“Usaha memerangi Covid-19 belum berjaya sepenuhnya tetapi kita telah dapat melandaikan keluk (curve) ke tahap yang terkawal. Namun, kita tidak seharusnya alpa dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...