Azmin tangkis dakwaan wujud peralihan majoriti ke Pakatan Harapan

Azmin mengulas dakwaan blogger PH, Shahbudin Husin, melalui Facebook yang mendakwa Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan menggantikan PN. Sumber (gambar): Fail TTF

عزمين تڠكيس دعوأن وجود ڤراليهن ماجوريتي ك ڤاكتن هارڤن

Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menolak khabar angin yang mendakwa seramai 129 Ahli Parlimen menyokong ‘rampasan kuasa’ untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau tiada mendengar dan tidak mengetahui dari mana datangnya jumlah Ahli Parlimen terbabit yang dikatakan telah memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

PH didakwa kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dengan Anwar kekal sebagai bakal Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin meminta pembangkang supaya tidak berterusan menyalahkan PN.

“Cukup cukuplah, jangan menyalahkan PN atas apa yang berlaku kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan. Hendak salahkan siapa jika itu kehendaknya. Apabila berlaku kekosongan, perlu diisi, itu sahaja,” katanya.


ALOR SETAR: Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menolak khabar angin yang mendakwa seramai 129 Ahli Parlimen menyokong ‘rampasan kuasa’ untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, beliau tiada mendengar dan tidak mengetahui dari mana datangnya jumlah Ahli Parlimen terbabit yang dikatakan telah memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).




Beliau sekali gus mengingatkan pembangkang supaya tidak lagi mengheret rakyat ke dalam masalah politik hanya kerana ada individu yang ‘gila kuasa’ untuk menjadi Perdana Menteri.

Mohamed Azmin menegaskan, PH tidak perlu membahaskan perihal sokongan Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ini kerana Muhyiddin mendapat sokongan majoriti selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada akhir Februari lalu.

“Saya kira titah Yang di-Pertuan Agong pada upacara perasmian pembukaan Parlimen, baru-baru ini, adalah jelas selepas apa yang berlaku beberapa bulan lalu menyebabkan perubahan kerajaan.

“Perkara itu sudah dimuktamadkan mengikut peruntukan Perlembagaan dan sekarang adalah masa untuk menumpukan khidmat kepada rakyat di dalam negara dan pada peringkat negeri.

“Jangan lagi mengheret masalah politik sehingga rakyat menjadi mangsa hanya kerana ada individu yang gila kuasa untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Loading...

Beliau mengulas dakwaan blogger PH, Shahbudin Husin, melalui Facebook yang mendakwa Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan menggantikan PN.

PH didakwa kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dengan Anwar kekal sebagai bakal Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin meminta pembangkang supaya tidak berterusan menyalahkan PN.

“Cukup cukuplah, jangan menyalahkan PN atas apa yang berlaku kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan. Hendak salahkan siapa jika itu kehendaknya. Apabila berlaku kekosongan, perlu diisi, itu sahaja,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...