Azwan Ali disyaki turut terlibat video hina Melayu, Islam & peserta tabligh

Sebelum ini, Azwan, yang memperkenalkan dirinya sebagai “Diva AA,” banyak mengeluarkan video-video berbahasa kesat dan lucah menerusi saluran Facebook dan YouTube DIVAAATERSOHOR. Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

ازوان علي دشكي توروت ترليبت دڠن ۏيدياو هينا ملايو، اسلام & ڤسرتا تبليغ

Sebuah klip video yang menghina agama Islam, masyarakat Islam dan kelompok tabligh dengan kata-kata kesat dan lucah dipercayai milik pelakon kontroversi terkenal, Azwan Ali.

Dalam klip video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, seorang individu yang memakai topeng dan cermin mata gelap, dipercayai Azwan, dilihat mengeluarkan kata-kata jijik, antaranya:




“Kumpulan-kumpulan penunggang agama tersial, tabligh konon, tabligh lubang pu**mak kau…aku nak maki ni, puak-puak sempudal, melayu-melayu babi…”

Individu tersebut yang memaparkan gaya perwatakan, penampilan dan suara yang serupa dengan Azwan, memperkenalkan dirinya sebagai “Diva AA,” iaitu gelaran yang kerap digunakan oleh Azwan dalam video-video terbitannya.

Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada seorang pegawai polis dan akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meminta jasa baik polis menyiasat video berkenaan.

Sebelum ini, Azwan, yang memperkenalkan dirinya sebagai “Diva AA,” banyak mengeluarkan video-video berbahasa kesat dan lucah menerusi saluran Facebook dan YouTube DIVAAATERSOHOR

Terbaru, Azwan didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak Covid-19, Selasa lalu.

Menurut laporan, Hakim Azura Alwi juga memerintahkan Azwan menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Azwan didakwa secara sedar membuat penghantaran menerusi laman YouTube DIVAAATERSOHOR dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Loading...

Video yang dimuatnaiknya dilaporkan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 25hb Mac 2020 selepas ianya ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya di Putrajaya pada hari sebelumnya.

Azwan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, sabit kesalahan boleh penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...