Azwanddin dan Raggie dibebaskan polis setelah mendapat sokongan Istana

Oleh Sazali Yunus

AMPANG JAYA: Penasihat kehormat tetap Gagasan Tiga (G3), Dato’ Azwanddin Hamzah, berserta pengerusi gagasan tersebut, Raggie Jessy Rithaudeen, dibebaskan hari ini dari Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini atas jaminan polis.

Ketika ditemui di luar balai, Azwanddin memberitahu bahawa beliau boleh ditangkap pada bila-bila masa berpandukan kepada keputusan oleh peguam negara.

Raggie kemudiannya menambah bahawa mereka berdua telah bersetuju untuk ditahan terus tetapi diberitahu polis bahawa penahanan masih lagi tidak akan dibuat.

Jumaat lepas, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Azwanddin manakala Raggie pula ditemui di pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) semalam dan diminta hadir ke IPD Ampang Jaya hari ini untuk memberi keterangan.

Raggie memberitahu bahawa akaun-akaun bank milik beliau dan Azwanddin telahpun dibekukan atas sebab-sebab yang masih belum dikenalpasti.

Adalah difahamkan bahawa pembebasan Azwanddin dan Raggie oleh pihak polis berpunca daripada sokongan yang diberikan oleh pihak Istana.

Comments

Comments


Loading...