Azwanddin diperlaku seperti binatang di Mahkhamah Klang oleh pegawai polis agama Hindu

Satu kejadian yang sungguh menyayat hati mengejutkan pihak pemberita dan para penyokong Dato’ Azwanddin Hamzah di Mahkhamah Klang hari ini apabila Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tersebut diperlakukan seperti binatang oleh seorang anggota polis berbangsa India.

Anggota polis tersebut, yang buat masa ini tidak diketahui namanya (lihat gambar di bawah), dikhabarkan penganut agama Hindu dan telah secara paksa membawa Azwanddin melalui satu laluan pintas merentasi pasu-pasu bunga sehinggakan presiden JMM tersebut jatuh tersungkur dan kelihatan lemah.

Apa yang menyayat hati kesemua yang hadir adalah apabila pegawai Hindu tersebut langsung tidak mengendahkan Azwanddin sehinggakan beliau akhirnya dibantu oleh seorang pegawai lain yang beragama Islam.


KLANG: Satu kejadian yang sungguh menyayat hati mengejutkan pihak pemberita dan para penyokong Dato’ Azwanddin Hamzah di Mahkhamah Klang hari ini apabila Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tersebut diperlakukan seperti binatang oleh seorang anggota polis berbangsa India.

Kejadian tersebut, yang berlaku di sekitar pukul 9 pagi tadi, menyaksikan anggota polis tersebut yang kelihatan begitu bengis menarik Azwanddin secara kasar menghala ke kamar Mahkhamah.


Posted by Raggie Jessy Rithaudeen on Wednesday, December 26, 2018

Video penuh kedatangan Azwanddin ke Mahkhamah

Azwanddin dihadapkan tuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ucapan yang dibuatnya di perhimpunan aman di Klang Selasa lepas.

Pihak Gagasan Tiga (G3) yang berada di tempat kejadian bersama-sama barisan kepimpinan JMM dan Ellie Suriaty (mewakili Segar) menyaksikan bagaimana Azwanddin kelihatan tidak stabil sebaik sahaja turun dari trak polis yang membawa beliau ke Mahkhamah.

Anggota polis berkenaan, yang buat masa ini tidak diketahui namanya (lihat gambar di atas), dikhabarkan beragama Hindu dan telah secara paksa membawa Azwanddin melalui satu laluan pintas merentasi pasu-pasu bunga sehinggakan presiden JMM tersebut jatuh tersungkur dan kelihatan lemah.

Apa yang menyayat hati semua yang hadir adalah apabila pegawai Hindu tersebut langsung tidak mengendahkan Azwanddin sehinggakan beliau akhirnya dibantu oleh seorang pegawai lain yang beragama Islam.

Gambar China Press: Azwanddin dibantu seorang pegawai polis Melayu-Islam 

Sebaik sahaja Azwanddin bangun, beliau ditarik semula secara kasar oleh pegawai Hindu tersebut yang kemudian menoleh belakang dan menuduh pihak G3, JMM dan pemberita menyebabkan Azwanddin jatuh.

Menurut Pengarah Kebangsaan JMM, Saudari Kay Mohd, kelakuan pegawai tersebut sungguh tidak beradab mahupun bertamadun dan memalukan pihak polis.

“Memang sebijik seperti binatang buas kelakuan pegawai tersebut,” tambahnya.

Pegawai polis Hindu tersebut kelihatan bengis dan kasar hingga ke akhir

Apabila ditanya, kedua-dua Mohd Hamdan Salleh (Setiausaha JMM) dan Raggie Jessy Rithaudeen (Pengerusi G3) berkeras supaya pihak polis memberi penjelasan terperinci berkenaan kejadian tersebut dan menyiasat pegawai Hindu berkenaan.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...