Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah hari ini disajikan surat tuntutan oleh Pejabat Guaman Karpal Singh and Company mewakili empat orang pemimpin kanan DAP, iaitu Lim Guan Eng (selaku Menteri Kewangan), Liew Chin Tong, Tony Pua dan Lim Kit Siang.
Terdahulu, beliau menerima sura-surat tuntutan daripada Teresa Kok (DAP), Waytha Moorthy (HINDRAF) dan Liew Chin Tong (DAP) sebelum disajikan notis-notis saman oleh ketiga-tiga mereka secara berasingan.
AMPANG: Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah hari ini disajikan surat tuntutan oleh Pejabat Guaman Karpal Singh and Company mewakili empat orang pemimpin kanan DAP, iaitu Lim Guan Eng (selaku Menteri Kewangan), Liew Chin Tong, Tony Pua dan Lim Kit Siang.
Pejabat tersebut, yang dimiliki ahli parlimen dari DAP, Ramkarpal Singh, menuntut agar Azwanddin menarik balik beberapa kenyataan yang terkandung dalam sebuah video tatapan umum yang diterbitkan di You Tube (klik untuk lihat) yang turut dikongsi oleh portal The Third Force.
Azwanddin turut dikehendaki meminta maaf secara bertulis dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan surat tersebut dan menerbitkan permintaan maaf menerusi media arus perdana dan online sekiranya tidak ingin perkara ini dipanjangkan ke mahkhamah.
Ini merupakan kali ketiga Azwanddin menerima surat tuntutan dari pemimpin DAP dan kali pertama ianya melibatkan lebih dari seorang pemimpin yang bertindak secara berkumpulan.
Terdahulu, beliau menerima sura-surat tuntutan daripada Teresa Kok (DAP), Waytha Moorthy (HINDRAF) dan Liew Chin Tong (DAP) sebelum disajikan notis-notis saman oleh ketiga-tiga mereka secara berasingan.
Tindakan terkini oleh Lim Guan Eng, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Lim Kit Siang dilihat lebih bersepadu memandangkan ianya melibatkan kepimpinan tertinggi DAP dan lebih mirip tindakan parti dari tindakan sekumpulan individu.
