Dato’ Azwanddin Hamzah
Gabungan 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diwujudkan dengan nama Gagasan Tiga (G3) bagi memperjuangkan matlamat yang sama iaitu menyatu dan mempertahankan bangsa Melayu.
Gabungan itu juga berperanan memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi, mempertahankan institusi Raja Melayu dan seterusnya memastikan bahasa kebangsaan benar-benar dijadikan bahasa rasmi dan hak bumiputra dan juga hak orang Melayu terpelihara.
Teras utama yang mendorong kepada penubuhan G3 adalah wujudnya ancaman kepada kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam dalam situasi pentadbiran negara oleh Kerajaan Malaysia masa ini. Dan ancaman yang begitu ketara apabila Bangsa DAP telah mula mempertikai hak raja raja Melayu bahasa dan kewargaaan orang melayu di tanah Melayu.
Kesemua 70 NGO tersebut telah bersepakat dan bersetuju bergabung dibawah G3 memandangkan kesemua NGO terbabit mendokong matlamat perjuangkan yang sama ke arah perpaduan ummah.
Gabungan ini telah bersepakat untuk mengisytiharkan satu deklarasi rasmi dalam masa terdekat ini berhubung perjuangan G3,” dan buat masa ini penumpuan kita sudah pasti ini G3 akan memeberi penumpuan kepada perhimpunan membantah ICERD dan meyatukan melayu islam dalam negara .
Kita juga sedar perlunya ada G3 ini untuk mendesak pemimpin melayu dari parti politik atau dari kalangan pemimpin ngo untuk duduk bersama dan melihat kepentingan umat islam melayu yang hari ini sudah mula ditekan oleh Bangsa Bangsa DAP terutama sekali kalangan kakitangan kerajaan yang ribuan telah dibuang kerja tampa sebab kesemua mereka adalah orang islam dan melayu begitu juga sahabat sahabat kita petani nelayan dan penternak di desa kampung kampung hampir kesemua nya bangsa melayu yang sudah menjadi anak tiri tampa pembelaaan kepada mereka yang hari ini hidup Kais pagi makan pagi Kais petang makan petang dan Ini satu pembunuhan kepada Bangsa Melayu di luar bandar secara terancang oleh bangsa DAP.
Saya mengharapkan G3 akan didokong oleh semua umat islam dan bangsa melyu dalam negara ini dan dia juga perlu diberi kan semagat kepada kami untuk terus memperjuangankan dan mempertahankan hak hak orang Melayu.
Ayuh sekali lagi saya menyeru bangkit dan hadir ke perhimpunan bantahan ICERD ini pada 8hb ini dengan tema bangkit bangsa ku untuk agama kita.
Dato’Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
Penasihat Gagasan Tiga (G3)
