Azwanddin Hamzah: Aku…

AKU

Dikala aku berdiri dikalangan aku,
Aku mendengar keluh kesah,
Kata nista, maki hamun di angin lalu.

Apabila aku bersuara cuba menyampaikan,
Aku hemburkan kata nista, maki hamun itu,
Ada di antara kamu menghina, mencerca aku,
Aku dikatakan bodoh, tak ada otak,
Aku bukan pejuang katanya,
Hanya anjing yang menyalak,
Kerana kehabisan dedak.

Seperti kamu tahu jerih payah aku selama ini,
Pejuang bagaimana yang kamu mahukan,
Yang berjuang di angin lalu,
Menunggu memberi peluang,

Walaupun kamu tahu kamu nampak penderitaan kamu


Aku lantang…ya memang,
Aku lantang.

Mahu bagaimana lagi kita ini,
Mahu berjuang berani mati ATAU,
Melihat, menanti..akhirnya kita gigit jari.

Atau perlukan aku menulis warkah,
Warkah pejuang tak didendang,
Aku bukan orang puitis.

Hari ini aku dikatakan rasis,
Membakar api perkauman,
Aku??? Siapa yang menyalakan api ini terlebih dahulu..bukan aku.

Aku bukan budak budak bermain masak masak atau pondok pondok.
Rasis bagaimana ?
Pernah kamu membesar bersamaku?
Berapa bahasa aku sudah pelajari..perkauman apakah pertuduhan ini..

Sekolah mana yang mengajarkan aku erti perkauman?
Jauh sangat pertuduhan itu sekiranya kamu tidak mengenali aku.
Aku bukan siapa siapa aku insan biasa…

Cuma mahu memperjuangkan keadilan bangsaku.

Keadilan yang sememangnya patut ditegakkan,
Bangsa aku MELAYU berulang kali dibodohkan,
Dihina, dikatakan mundur, tidak pandai berniaga, makan rasuah, bangsat dan sebagainya,
Kenapa…kerana nila setitik rosak susu sebelanga,

Hari ini aku ditangkap,
Kerana kelantangan aku…aku bukan teroris,
Aku tiada senjata..mengapa harus takut,
Aku tidak akan memusnahkan tanahair apatah lagi bangsaku.

Ini Tanah Melayu..akan aku pertahankan,
Akan aku berdiri untuk bangsaku…

Kenapa aku bodoh, walaupun dirantai seperti anjing,
Kerana aku mahu kamu bangsaku bangun, bangkit,
Jangan tidur lagi..kita bukan bangsa mundur.

Kalau aku bodoh, ayuh kamu yang pandai,
Sambut tanganku, pimpin aku..kita lawan,
Jika kamu kata aku gila,
Ayuh..ke depan padamkan kegilaanku kita,
Bersatu!
Jika aku dikatakan seperti anjing menyalak,
Sahut cabaranku..debat bersama aku,
Aku bukan siapa siapa di mata kamu,
Tapi aku ada keberanian yang kamu tak tahu.

Di sebalik tirai besi, terima kasih yang sentiasa mendoakan aku.

Azwanddin Hamzah

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...