Dato’ Azwanddin Hamzah
Perhimpunan 812/himpunan tolak ICERD telah berubah menjadi perhimpunan yang begitu indah oleh umat islam dan bangsa Melayu untuk membuktikan, bahawa kita sudah mula berani berkata sesuatu apabila dicabar.
Malah, kita sudah buktikan, bahawa sekiranya ada kumpulan-kumpulan seperti Bangsa DAP cuba mempertikaikan hak umat islam, hak orang orang Melayu dan raja raja Melayu, sudah pasti kita akan bangkit dan bersatu.
Kita perlu terus bangkit dan pastikan, yang kita jangan padamkan api yang sudah kita nyalakan untuk membentuk kumpulan Melayu yang bersatu berkerjasama dan sanggup susah dan senang bersama demi mempertahankan apa sahaja untuk generasi kita akan datang walaupun kita berbeza logo dan warna ciptaan.
Kepada pihak penganjur, kita ucapkan taniah.
Kepada perserta, kita ucapkan taniah juga, kerana kehadiran anda menandakan semangat umat Islam untuk turun padang memperjuangkan bangsa dan agama demi kesejahteraan ummah.
