Azwanddin: Pihak Polis cuba hanyutkan saya dengan notis jenayah

Dato’ Azwanddin Hamzah

Hari ini beberapa pegawai polis telah hadir ke pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk menghulurkan satu notis jenayah kepada saya. Notis tersebut (lihat di bawah) mengarahkan saya untuk mengadiri penyiasatan di basan seksyen 111, Kanun Acara Jenayah. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa satu usaha bersepadu dan specifik sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan Bangsa DAP untuk menengelamkan saya buat selama-lamanya.

Kepada semua sahabat perjuangan saya, saya ulangi, biarpun PDRM memanggil saya seribu kali mahupun seratus ribu kali untuk cuba menekan dan mengugut saya, saya tidak peduli. Permainan-permainan lapok ini langsung tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berjuang dan bercakap berkenaan soal bangsa Melayu-Islam biarpun saya ditangkap ataupun diseksa.

Saya berjanji, bahawa saya akan terus membuat pendedahan-pendedahan demi bangsa, agama dan negara. Saya cuma hairan bagaimana saya yang disiasat dahulu sedangkan laporan-laporan yang saya buat di SPRM berkenaan salah laku rasuah Tun Mahathir tidak diendahkan langsung oleh Bangsa DAP. Inikah yang dikatakan Malaysia baru yang selalu diwar-warkan kerajaan DAP?


Biarkan.

Biarkan mereka cuba sedaya-upaya untuk mematahkan semangat saya. Biarlah mereka membuat segala apa dalam kemampuan mereka untuk melentur usaha-usaha saya ke arah penyatuan bangsa. Saya tidak akan berganjak. Saya akan terus mara ke hadapan untuk berjuang demi bangsaku, agamaku dan raja-rajaku.

Ayuh, kita bangkit bersama-sama menentang kerajaan bangsa DAP yang sudah mula menjadi kerajaan zalim!

 

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...