Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib

“Kem Najib tidak senang dengan usaha ini kerana tahu misi jangka panjang Muhyiddin mirip sedikit dengan perancangan awal Mahathir, iaitu untuk menyisihkan terus sekumpulan pemimpin yang didakwa ‘kleptokrat’, termasuk Najib”

Raggie Jessy Rithaudeen

بهاڬين لاڤن: رانچڠن ممبنتوق ڤرتي ‘امنو-برساتو’ اونتوق سيسيهكن تروس نجيب

Semalam, saya mendedahkan kewujudan “puak kartel UMNO” yang berniat menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (rujuk bahagian tujuh di bawah untuk pendedahan penuh).

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…




Saya menulis, rancangan puak berkenaan diketahui oleh sebilangan tertentu ahli parlimen dari PPBM (blok kerajaan) yang mula menyesal dengan tindakan parti berkenaan keluar daripada Pakatan Harapan.

Untuk makluman, ahli-ahli parlimen ini sedang berkomunikasi dengan beberapa individu dari kem Mahathir pada ketika ini untuk membincangkan beberapa perkara, termasuk hala tuju dan masa depan PPBM.

Mereka turut sedang memikirkan masa depan mereka, kerana tahu, dengan adanya tekanan dari puak kartel, UMNO tidak sekali-kali akan melepaskan tiga puluh atau empat puluh kerusi Dewan Rakyat kepada PPBM bila pilihan raya umum diadakan kelak.

Kemudian, tiba-tiba muncul pendedahan wujudnya rancangan sulit untuk menggabungkan PPBM dan UMNO.

Sejurus kemudian, email saya ([email protected]) dibanjiri dengan soalan dari pembaca The Third Force yang ingin tahu samada rancangan gabungan berkenaan benar atau tidak.

Jawapannya ya.

Loading...

Ya, memang Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menimbangkan beberapa opsyen, antaranya, untuk menyatukan UMNO dan PPBM menerusi pembentukkan sebuah parti baharu yang dinamakan “UMNO-Bersatu.”

Saya difahamkan, Muhyiddin turut sedang pertimbangkan kemungkinan membentuk pro-tem committee di seluruh negara sebagai memenuhi ‘keperluan’ rancangan tersebut bersama beberapa pemimpin UMNO.

Tetapi apa yang tidak diceritakan oleh mana-mana pihak (setahu saya) ialah penentangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kem Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap misi “UMNO-Bersatu” atas sebab-sebab berbeza.

Bagi Mahathir, oleh kerana beliau merupakan Pengerusi PPBM, langkah sebesar ini perlu terlebih dahulu mendapat mandat kesemua ahli majlis tertinggi, termasuklah Mahathir sendiri dan sekutunya dalam majlis berkenaan.

Mahathir juga tidak ingin misi “UMNO-Bersatu” berjaya kerana beliau menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO secara en bloc.

Kem Najib pula tidak senang hati dengan usaha ini kerana tahu misi jangka panjang Muhyiddin mirip sedikit dengan perancangan awal Mahathir, iaitu untuk menyisihkan terus sekumpulan pemimpin yang didakwa ‘kleptokrat’, termasuk Najib.

Justeru, kedua-dua UMNO dan PPBM terbahagi dua dalam hal ini, dan kebarangkalian untuk terbentuknya parti “UMNO-Bersatu” dengan jayanya amatlah tipis, walaupun tidak mustahil.

Tujuan saya membuat pembongkaran ini adalah untuk memastikan naratif yang disampaikan kepada umum adalah betul bagi pertimbangan selanjutnya oleh mana-mana pihak.

Apa yang pasti, bukan hanya puak kartel sedang memikirkan cara-cara untuk meruntuhkan Perikatan Nasional, ahli-ahli parlimen dari PPBM (blok kerajaan, pro-Mahathir) turut sedang memikirkan perkara yang sama.

Bersambung…

BAHAGIAN SATU HINGGA TUJUH:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...