Bahagian Satu: Bung Moktar, Shahidan Kassim kantoi menipu Dewan Rakyat (pendedahan penuh)

“Sebaik sebelum parlimen dibubarkan, Team A dijangka akan memberi kata putus kepada PPBM dan PAS sebelum mencampakkan PPBM ke tepi dan mengisytiharkan masuk Pilihan Raya sebagai komponen Barisan Nasional. PAS tidak akan ada pilihan melainkan terus bersekutu dengan Team A bagi mengelakkan dihukum oleh pengundi Melayu-Islam kerana ‘mengagalkan’ Muafakat Nasional yang sememangnya tidak wujud secara rasmi. Perkara ini akan saya rungkai live 9 malam ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

بهاڬين ساتو: بوڠ موكتر، شهيدان كسسيم كنتوءي منيڤو ديوان رعيت

Beberapa ahli parlimen dari Team A UMNO sepakat untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sambil mendakwa bahawa bekas Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, akan terus kekal sebagai speaker Mahathir tidak meletak jawatan dan sedia memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu dibuat semasa ahli-ahli parlimen berkenaan membahaskan usul Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Mohamad Ariff mengosongkan kerusi speaker di Dewan Rakyat.




Berikut adalah beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli parlimen dari Team A:

Shahidan Kassim (Arau):  Semua ini berlaku kerana Tun, kerana Langkawi yang berhenti. Sebab itu berlaku pertukaran speaker.

Kami BN, PAS, GPS diminta untuk menyokong Tun sebagai perdana menteri tetapi sayangnya Tun mengundurkan diri sehingga kami terpaksa memilih orang lain.

Ketika Tun berhenti, kami tidak punya pilihan selain memilih Pagoh (Muhyiddin) sebagai perdana menteri.

Bung Moktar Radin (Kinabatangan): Kami mahukan Tun tetapi dia memutuskan untuk mengundurkan diri, jadi terimalah. Kerajaan baru telah dibentuk, tidak ada yang salah.

Sebelum ini, ketika Tun melantik Latheefa Koya ke SPRM dan Tommy Thomas ‘rock and roll’ sebagai (peguam negara), kami juga tidak mempersoalkannya.

Perdana menteri hanya mahukan seorang speaker yang sehaluan dengan kerajaan demi kepentingan rakyat.

Loading...

Menjawab dakwaan ini, Mahathir menjawab:

Mahathir (Langkawi): Saya memilih dengan siapa saya mahu bekerjasama. Apabila diberi pilihan untuk bekerjasama dengan Umno, Umno tidak sama dengan Umno yang diasaskan.

Ini telah dirampas oleh orang-orang tertentu. Oleh itu, saya tidak dapat bekerjasama dengan Umno,” kata Mahathir, yang memimpin Umno selama 22 tahun.

Di sini, saya ingin menegaskan beberapa perkara berhubung kenyataan-kenyataan ini, iaitu:

1. Bung Moktar dan Shahidan Kassim menipu di Dewan Rakyat, sekaligus mencemarkan Dewan yang mulia dengan kata-kata yang berbaur kepalsuan

2. Bung dan Shahidan secara tidak langsung mengaku mereka tidak ada masalah jika Mohamad Ariff dikekalkan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

3. Penipuan pertama Bung dan Shahidan ialah mereka hanya menyokong penyingkiran Mohamad Ariff disebabkan Mahathir tidak bersetuju untuk menjadi Perdana Menteri.

4. Penipuan kedua Bung dan Shahidan ialah mereka inginkan Mahathir menjadi Perdana Menteri Perikatan Nasional 

5. Untuk makluman, Bung dan Shahidan merupakan ahli-ahli Team A UMNO yang turut diwakili oleh tujuh lagi ahli parlimen, termasuk penaung Team A, Datuk Seri Najib Tun Razak.

6. Untuk makluman lagi, Team A sememangnya sepakat dari awal untuk mencantas rancangan Mahathir menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam yang tidak mengabaikan kaum lain.

7. Kerajaan yang dirancang itu turut merangkumi penyatuan ummah secara lebih menyeluruh memandangkan ianya dirancang bersama oleh wakil-wakil dari PAS (Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar), PKR (Amirudin Shari dan Datuk Seri Azmin Ali), UMNO Team B (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) serta beberapa individu lain dari AMANAH dan PPBM.

8. Perkara 6 dan 7 akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam satu terbitan yang bakal menyusul.

9. Buat artikel ini, apa yang perlu dihayati ialah hasutan Team A terhadap sekumpulan kecil ahli-ahli parlimen dari PPBM (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan kecil PPBM”) menerusi satu siri penipuan.

10. Disebabkan penipuan-penipuan ini, kumpulan kecil PPBM berjaya dipengaruhi sebelum ianya sendiri mempengaruhi majlis kepimpinan PPBM agar PPBM dibawa keluar dari Pakatan Harapan untuk bersekutu dengan UMNO secara en bloc.

11. Perkara ini ditentang oleh Mahathir dari awal, kerana beliau tidak sanggup menerima pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah, khususnya mereka yang menghadapi pelbagai tuduhan jenayah di mahkamah.

12. Pemimpin-pemimpin bermsalah inilah yang merangkumi majoriti daripada ahli-ahli Team A, di mana mereka tahu Mahathir akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebab tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama mereka.

13. Atas sebab inilah Team A bertindak meracuni pemikiran kumpulan kecil PPBM.

14. Bukan hanya mereka inginkan rancangan kerajaan perpaduan Mahathir gagal, mereka turut inginkan pengaruhnya dalam PPBM menjadi lemah.

15. Demi menjayakan rancangan ini, mereka bertindak meracuni pemikiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri secara rahsia agar beliau berani untuk membawa keluar PPBM dari Pakatan Harapan tanpa persetujuan Mahathir.

16. Niat sebenar mereka adalah untuk melupuskan terus pengaruh Mahathir dalam PPBM sebelum hujung tahun ini agar usaha beliau untuk kembali sebagai Perdana Menteri seandainya Pilihan Raya Umum ke-15 dicetuskan sebelum hujung tahun menemui rintangan.

17. Kesimpulannya, Team A menjadi dalang utama rancangan jangka pendek dan panjang untuk melumpuhkan pengaruh Mahathir dalam PPBM dan memecah belahkan parti berkenaan.

18. Sebaik sebelum parlimen dibubarkan, Team A dijangka akan memberi kata putus kepada PPBM dan PAS sebelum mencampakkan PPBM ke tepi dan mengisytiharkan masuk Pilihan Raya sebagai komponen Barisan Nasional.

19. PAS tidak akan ada pilihan melainkan terus bersekutu dengan Team A bagi mengelakkan dihukum oleh pengundi Melayu-Islam kerana ‘mengagalkan’ Muafakat Nasional yang sememangnya tidak wujud secara rasmi.

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...