Bahagian Tiga: Sebab sebenar UMNO bersekutu dengan PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-14

“Ada juga pemimpin yang pernah menasihati Najib menerusi pihak ketiga untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum awal sebelum skandal 1MDB melarat dan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional”

Raggie Jessy Rithaudeen

بهاڬين تيڬ: سبب سبنر امنو برسكوتو دڠن ڤاس سبلوم ڤيليهن راي عموم ك-1

Perjuangan saya dalam arena politik kebangsaan dari awal adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan lagi kedaulatan dan kemuliaan institusi diraja, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan agama Islam dan ummah daripada ancaman gelombang Islamophobia yang dimarakkan oleh musuh-musuh Islam dan perpaduan.

Justeru, apabila UMNO dan PAS mula mewar-warkan perjuangan penyatuan ummah tidak lama selepas kejatuhan kerajaan pimpinan Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-14, saya tertarik dengan konsep berkenaan kerana merasakan bangsa Melayu-Islam wajib bersatu demi perpaduan berterusan dan berkekalan Bangsa Malaysia.




Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO sudahpun berpecah kepada Team A dan Team B, di mana Team A diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Team B pula diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa pemimpin lain.

Pada mulanya, pengaruh Team B dalam UMNO agak besar, khususnya selepas skandal 1MDB meletup dan menyebabkan Najib diselar oleh barisan pemimpin pembangkang dan beberapa lagi pemimpin dari UMNO dan MCA.

Pemimpin-pemimpin ini merasakan bahawa skandal 1MDB merupakan beban kepada Barisan Nasional dan mampu membawa kepada kekalahan gabungan tersebut di Pilihan Raya Umum ke-14 disebabkan keengganan Najib untuk berundur dan menamakan individu lain sebagai calon Perdana Menteri.

Melihatkan keadaan ini, seorang dua pemimpin dari Team B pernah cuba untuk menasihati Najib agar tampuk kepimpinan parti diserahkan kepada Muhyiddin, yang pada ketika itu menyandang jawatan timbalan presiden UMNO.

Ada juga pemimpin yang pernah menasihati Najib menerusi pihak ketiga untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum awal sebelum skandal 1MDB melarat dan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional.

Tetapi Najib enggan melakukan demikian dan terus mengambil sikap “tidak perlu memberi respons” walaupun diasak bertubi-tubi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan pengaliran dana ke dalam akaunnya.

Kemudian, pada bulan Julai 2015, apabila bekas pesuruhjaya SPRM mencadangkan kepada Tan Sri Abdul Gani Patail agar Najib didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, Gani dipecat sebagai Peguam Negara manakala Muhyiddin pula digugurkan terus daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Loading...

Sebagai ganti, Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, sekaligus menimbulkan satu suasana pelik dalam UMNO di mana Muhyiddin masih merupakan timbalan presiden parti walaupun Zahid merupakan orang no 2 dalam kerajaan.

Atas kepelikkan inilah pengaruh Team B yang menjadi besar pada satu ketika dulu setelah skandal 1MDB meletup terkakis terus.

Sebenarnya, inilah yang dikehendaki oleh Najib dan sebab sebenar Muhyiddin dipecat dari UMNO hanya 11 bulan selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Majoriti ahli-ahli parlimen dan ketua-ketua bahagian dari UMNO mendapat tahu bahawa Najib memang merancang untuk memecat Muhyiddin agar tempatnya boleh digantikan dengan Zahid setelah Najib cukup yakin bahawa Zahid tidak terlibat dengan komplot untuk mendakwanya.

Menyedari hakikat ini dan melihatkan cara Najib ‘menguasai’ UMNO dan agensi-agensi penting kerajaan, mereka sedar adalah tidak mudah untuk menyingkirkan beliau.

Biarpun begitu, majoriti daripada ahli-ahli parlimen dan ketua-ketua bahagian UMNO ini tetap merasakan bahawa Najib merupakan beban besar kepada Barisan Nasional.

Manakala itu, segelintir daripada mereka tidak berpuas hati dengan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beransur-ansur mengalihkan sokongan mereka terhadap gandingan Mahathir-Muhyiddin apabila Muhyiddin dipecat dari UMNO.

Atas rasa tidak puas hati inilah Team A terpaksa berdamping dengan PAS menjurus ke Pilihan Raya Umum ke-14 agar ‘aura’ Team A dapat diperkukuhkan dengan ‘aura’ Islamik PAS supaya pengundi Melayu-Islam dan ketua-ketua bahagian UMNO yakin Najib boleh membawa kemenangan kepada Barisan Nasional.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...