Balik-balik isu kuasa dan kedudukan, kali ini diungkit UMNO Sabah

Jika Pakatan Harapan yang besar majoritinya pun boleh runtuh begitu sahaja disebabkan isu peralihan kuasa, maka tidak hairanlah jika Perikatan Nasional yang memiliki majoriti yang begitu tipis runtuh tidak lama lagi disebabkan isu pelantikan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Jika dulu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dibelengui isu peralihan kuasa yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya, kini Perikatan Nasional pula dibelengui isu pelantikan yang dicetus oleh puak kartel”

Raggie Jessy Rithaudeen

باليق-باليق ايسو كواس دان كدودوكن، كالي اين داوڠكيت امنو سابه

UMNO Sabah mungkin akan membawa isu pelantikan empat pemimpinnya ke peringkat kerajaan persekutuan sekiranya surat daripada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencalonkan beberapa pemimpin Umno di negeri itu tidak diendahkan.

Demikian menurut laporan sebuah portal berita yang memetik Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Awang Fadli Juanas sebagai berkata, cadangan berkenaan dikemukakan UMNO Sabah untuk memperkasakan parti di peringkat negeri.

Sementara itu, Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin dilaporkan “masih menunggu maklum balas” Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung surat Zahid.




Menurut Bung, hanya selepas maklum balas berkenaan Umno Sabah akan mempertimbangkan langkah seterusnya.

“Belum ada apa apa maklumat.

“Tunggu dulu respons perdana menteri.”.

Pada 16 April lalu, sepucuk surat ditandatangani Ahmad Zahid yang meminta Muhyiddin mempertimbangkan melantik empat pemimpin Umno Sabah memegang jawatan-jawatan tertentu, atas nama semangat Perikatan Nasional (PN) mula tersebar.

Ini termasuklah cadangan melantik Bung Moktar yang juga ahli parlimen Kinabatangan, sebagai pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah; anggota Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin, sebagai timbalan menteri persekutuan; dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah.

Turut dicadangkan dalam tuntutan berkenaan ialah Timbalan Ketua Umno Sabah merangkap ahli majlis tertinggi parti itu, Yakubah Khan, dilantik menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.

Sebelum ini, saya telah beberapa kali memberi amaran kewujudan puak kartel dalam UMNO yang cenderung ke arah seorang pemimpin kanan parti, di mana puak ini sedang cuba menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Muhyiddin tanpa mengendahkan peruntukan perlembagaan berhubung isu pelantikan.

Loading...

Pada 17hb Mac 2020, saya menulis:

UMNO seharusnya sedar bahawa sokongan terhadap parti tersebut merosot secara sistematik bermula Pilihan Raya Umum ke 13 sehinggalah Barisan Nasional kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana dicap sebagai parti yang “angkuh” dan terjerumus dalam gejala “wang, kuasa dan kedudukan (WKK).”

Justeru, ‘pengalaman’ tidak boleh dijadikan faktor utama dalam penentuan jawatan menteri atau timbalan menteri, lebih-lebih lagi jika Perikatan Nasional tidak ingin kesilapan lampau Barisan Nasional diulang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

UMNO seharusnya terima hakikat bahawa ini bukannya lagi era Barisan Nasional, tetapi titik permulaan kepada ‘perpaduan ummah’ yang dilaung-laungkan selama ini oleh UMNO dan PAS bawah bumbung Muafakat Nasional.

Dalam mana-mana permuafakatan ke arah perpaduan, sudah pasti perlu ada muzakarah ke arah kesepakatan dan kesefahaman di samping kesanggupan pihak-pihak terbabit untuk memberi peluang kepada semua kelompok Melayu-Islam agar penyatuan yang berkekalan dapat dicapai.

Sepertimana yang telah saya jelaskan sebelum ini, UMNO:

    1. bersetuju untuk berdamping dengan PPBM biar pun tahu perihal penyertaan Azmin Ali dalam PPBM.
    2. bersetuju untuk menyokong Muhyiddin bukan hanya sebagai calon Perdana Menteri, tetapi calon Perikatan Nasional bagi jawatan tersebut.

Berdasarkan tingkah laku beberapa pemimpin UMNO, jelas bahawa mereka beranggapan Muhyiddin akan menubuhkan sebuah kabinet menurut acuan Barisan Nasional, di mana Perdana Menteri hanya akan memilih calon-calon daripada Perikatan Nasional selaku gabungan terbesar dalam Dewan Rakyat (menurut pecahan agihan kerusi parti-parti komponen) untuk menganggotai barisan Jemaah Menteri.

Tetapi UMNO lupa, ianya bukan lagi terikat kepada ideologi ataupun budaya Barisan Nasional, tetapi ideologi satu pergabungan baru melibatkan PPBM, PAS, MCA dan MIC di mana kesemua parti komponen tidak perlu menurut acuan Barisan Nasional.

Memandangkan Perikatan Nasional terbentuk tanpa dirancang, adalah logik jika individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri mematuhi sepenuhnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya kehendak parti apabila melantik barisan Jemaah Menteri.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Jemaah Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Perdana Menteri dan hanya bersandar kepada keahlian dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, bukannya keahlian dalam mana-mana parti politik

Dengan kata lain, Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk membentuk sebuah kabinet yang terdiri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili ahli-ahli berkenaan.

Atas pertimbangan ini, dan bagi tujuan perbincangan semata-mata, sekiranya Muhyiddin tiba-tiba memutuskan untuk melantik juga ahli parlimen dari PKR dan AMANAH sebagai ahli kabinet, itu adalah hak berperlembagaan beliau yang tidak boleh dipertikaikan.

Ini bernakna, Muhyiddin boleh pada bila-bila masa merombak kabinet untuk mengembalikan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan sekiranya UMNO tidak mengubah sikapnya dan terus bergelut isu kuasa dan kedudukan.

Perkara ini sebenarnya diketahui oleh UMNO.

Jika dulu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dibelengui isu peralihan kuasa yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya, kini Perikatan Nasional pula dibelengui isu pelantikan yang dicetus oleh puak kartel UMNO.

Jika Pakatan Harapan yang besar majoritinya pun boleh runtuh begitu sahaja disebabkan isu peralihan kuasa, maka tidak hairanlah jika Perikatan Nasional yang memiliki majoriti yang begitu tipis runtuh tidak lama lagi disebabkan isu pelantikan.

Pada ketika ini sahaja, sudah ada berbelas ahli parlimen dari PPBM yang sedang berbincang dengan kem Tun Dr Mahathir berhubung masa depan mereka, masa depan parti dan kemungkinan untuk PPBM mewujudkan gabungan perpaduan baharu bersama ahli-ahli parlimen dari PAS, WARISAN, GPS, AMANAH dan UMNO tanpa penglibatan puak kartel.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...