Raggie Jessy Rithaudeen
بنديڠكن كڽاتأن ساي دان نجيب، نيلاي سنديري سياڤا برچاكڤ بنر
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
BANDINGKAN KENYATAAN NAJIB (ATAS) DENGAN KENYATAAN SAYA (DI HUJUNG BAWAH), NILAIKAN SENDIRI BAGAIMANA NAJIB BERMAIN PROPAGANDA.
KENYATAAN NAJIB DI FACEBOOK (28hb APRIL 2021):
Nak darurat, dah dapat.
Nak PKP2.0, dah buat.
Nak bajet terbesar, dah lulus.
Nak belanja tanpa ikut bajet dan tanpa pemantauan parlimen, sudah diwarta.
Nak naikkan denda SOP, dah naik 10 kali gamda.
Nak jarah Tabung KWAN sudah boleh korek.
Nak kawal mulut Rakyat, denda fake news dah naik ke RM100k.
Nak katak, dah lompat beberapa ekor.
Apa lagi?
Yang disasar, Covid dua angka supaya boleh rentas negeri untuk Raya.
Yang dapat, jumlah kes Covid cecah 401 ribu dan kes baru cecah 3,100 hari ini.
Kluster sekolah semakin bertambah.
Kerajaan tak ada banyak duit lagi.
Apa lagi?
KENYATAAN SAYA, RJ RITHAUDEEN
Nak darurat, dah dapat – dengan sokongan padu menteri-menteri UMNO menerusi mesyuarat Kabinet
Nak PKP 2.0, dah buat – dengan sokongan padu menteri-menteri UMNO
Nak bajet terbesar, dah lulus – dengan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO, termasuk Najib
Nak belanja tanpa ikut bajet dan tanpa pemantauan parlimen, sudah diwarta – dengan sokongan padu menteri-menteri UMNO menerusi mesyuarat Kabinet
Nak naikkan denda SOP, dah naik 10 kali gamda – dengan sokongan padu menteri UMNO yang terbabit, termasuk Ismail Sabri
Nak jarah Tabung KWAN sudah boleh korek – dengan sokongan padu menteri-menteri UMNO menerusi mesyuarat Kabinet
Nak kawal mulut Rakyat, denda fake news dah naik ke RM100k – dengan sokongan padu menteri-menteri UMNO menerusi mesyuarat Kabinet
Nak katak, dah lompat beberapa ekor – dengan sokongan padu menteri-menteri UMNO
Apa lagi?
Yang disasar, Covid dua angka supaya boleh rentas negeri untuk Raya – dengan persetujuan menteri-menteri UMNO yang terbabit, termasuk Ismail Sabri
Yang dapat, jumlah kes Covid cecah 401 ribu dan kes baru cecah 3,100 hari ini – tanya juga menteri-menteri UMNO, terutamanya Ismail Sabri
Kluster sekolah semakin bertambah – tanya juga menteri UMNO terbabit, khususnya Ismail Sabri
Kerajaan tak ada banyak duit lagi – tanya juga menteri-menteri UMNO yang merangka Belanjawan 2021 dan menyokong padu tindakan berbelanja tanpa kelulusan parlimen dan ahli-ahli parlimen UMNO yang menyokong padu Belanjawan 2021, termasuk Najib
Apa lagi?
WAJIB BACA:
KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]
