Amran Ahmad Nor
Beberapa hari sebelum PRU14, saya adakan sidang akhbar mendedahkan email antara saya dan Dr Aziz Bari mengenai rancangan DAP untuk melantik ADUN bangsa itu menjadi MB Perak jika Pakatan Harapan menguasai Dewan Undangan Negeri negeri tersebut.
Saya dedahkan kandungan email tersebut yang mana Aziz Bari (kini ADUN Tebing Tinggi dan exco Perak) menulis kepada saya mengenai rancangan DAP untuk melantik wakil sendiri sebagai MB.
Aziz Bari tulis – “Apa pun Nizar bukan lagi sosok yang Amanah tonjolkan dan sebab itu DAP tidak selesa dan mahu tokoh sendiri untuk ditonjolkan”.
Hasrat yang tidak kesampaian – setelah bukan DAP tetapi PPBM yang hanya mempunyai seorang sahaja ADUN berjaya dinobatkan sebagai MB Perak yang baru.
Pada ketika itu, tiada sesiapa percaya cakap saya dan ramai yang kemaruk nak undi logo PKR walaupun saya dah kata – undi logo PKR tapi sebenarnya bagi kuasa kepada DAP untuk perintah negara ini. Kan dah mendapat!!!
Hari ini, kita digembar-gemburkan kembali mengenai dakwaan Aziz Bari mengadakan komplot untuk menjatuhkan MB Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Aziz Bari bertindak menafikan dakwaan tersebut sepantas kilat.
Alasan Aziz Bari ialah DAP hanya ada 18 kerusi DUN sahaja dan kalau hendak jatuhkan MB kena ada ‘solid’ 30 ADUN menyokong – suatu alasan yang saya anggap sebagai usaha perbodohkan rakyat Perak dan Malaysia secara amnya.
Apakah Aziz Bari ingat kita lupa atau buat-buat tak tahu – DAP yang mempunyai kerusi terbanyak iaitu 18 kerusi boleh mempengaruhi AMANAH yang mempunyai 6 DUN dan PKR ada 4 DUN menjadikan kesemuanya 28 wakil rakyat.
Mungkin sebab itulah, barangkali ianya mencetus dakwaan bahawa ada usaha cubaan memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN BN supaya menyokong usul undi tidak percaya bagi mencukupkan sekurang-kurangnya 30 ADUN itu.
Ramai juga mungkin tak tahu, Aziz Bari yang menggelarkan Datuk Seri Azmin sebagai penyangak dan pembuli itu sepatutnya bertanding di Selangor pada PRU14 tetapi dipindahkan ke Perak pada saat-saat akhir, faham-faham sajalah kenapa.
Benarlah kata pepatah Melayu – bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru – dengan perkembangan terbaru ini, terbukti memang DAP berniat untuk mengambil alih jawatan MB Perak, sesuatu yang tidak mengejutkan bagi individu seperti saya yang cukup kenal siapa Aziz Bari dan bangsa DAP.
Dengan memiliki kerusi DUN terbanyak di kalangan parti komponen Pakatan Harapan dan Aziz Bari sendiri adalah seorang Melayu, kemungkinan Perak akan memiliki MB baru dari DAP bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.
Ya, bahaya mendepani rakyat Perak terutama masyarakat Melayu kerana apabila bangsa DAP melantik wakilnya sebagai MB, maka beliau sebenarnya hanyalah ‘boneka’ kepada bangsa DAP Perak yang diterajui oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.
Faham-faham sajalah apa Nga dan Ngeh boleh lakukan jika mereka mampu ‘putaq’ dan ‘pusing’ kepala beliau 360 darjah semata-mata untuk melakukan seperti yang diarahkan.
Ingatlah wahai bangsaku, bangsa DAP ini diwujudkan untuk dan akan ambil hak-hak orang Melayu untuk diberikan kepada bangsa DAP semata-mata.
Ingatlah wahai semua, bangsa DAP akan menjadi lebih berkuasa, lebih kuat kerana bukan sahaja kuasa ekonomi sudah ada ditangan mereka, kuasa politik pula semakin erat dalam genggaman mereka.
Justeru, saya menyeru orang Melayu terutama rakyat Perak bangkit menghalang dan menggagalkan komplot ini untuk menjadikan wakil DAP sebagai MB baru Perak @ boneka bangsa DAP.
Bangkitlah Melayu, bangkitlah rakyat Perak sebelum ‘nasi menjadi bubur’, sekali lagi.
Amran Ahmad Nor
Bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP
Bekas ahli seumur hidup DAP
Timbalan Pengerusi G3
